As i said before..next project will be pizza..so pizza in the house yo..hehe..poyo betul la khenn..
Entry kali ni just nk share gambar-gambar pizza yg aku buat serta resepinya..honestly aku tak puas hati dengan dough dia..bukan kata dough tu tak ok..may be cara aku uli atau ingredients tak betul sukatan ke..tak tahu la..so i asked my friend..dia ni suka gak baking cake dan masak pelik2..pelik kat aku la..dia cakap beli jer tepung pizza kt kedai Bagus..laaa..jenuh aku cari rupanya kt situ jer..tapi itu next time la..
So..resepinya seperti yg tertera kt bawah ni dan cam biasa dicilok dari blog Kak Azie
Home made pizza
Untuk Dough
Bahan bahan:
1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)
Cara-cara:
Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.
Ayak
tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah
tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis
tadi.
Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.
Dengan
menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di
tangan. Jika masih melekat, tambahkan sedikit tepung gandum.
Taburkan
tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan
meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak
ke depan dengan kedua dua tangan.
Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan atas doh.
Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit atau lebih lama.
Kemudian
tumbuk doh bagi mengeluarkan udara di dalamnya. Bahagikan kepada 2
bahagian. Adunan ini sesuai untuk 2 biji pizza saiz 10" atau 12" jika
crust yang nipis.
Taburkan tepung gandum atas papan pencanai dan gelek dengan kayu pencanai. Taburkan sedikit
tepung gandum atas pizza pan sebelum diletakkan doh tadi.
Sos pizza - aku letak sos pasta prego/kimball bawang putih dan selasih
Chicken frankfurter
Filamen ketam
Lada benggala merah dan hijau
Bawang besar
Cendawan butang putih
Italian herbs
Cheese Mozarella
Bahan-bahan untuk topping pizza |
Sedia
untuk diletakkan pizza sauce dan topping mengikut citarasa masing
masing. Sapukan sauce di sekeliling dan letaklah apa apa topping disukai
seperti pepperoni, chicken, frankfurter dan apa apa sayuran disukai
serta cheese.
Pizza base yang telah disapu dengan sos dan ditabur italian herbs |
Selepas ditabur segala jenis benda..dan last cheese Mozarella..lg banyak lagi best.. |
Tak macam Kak Azie..aku tak ambil gambar untuk tunjuk step by step sebab aku ni ala2 kalut sikit nak masak benda baru..sat gi ada jer tertinggal step..hehe
Anyway..aku letak jugak la gambar yg telah diambil atas bantuan my bibik..
Kalau letak lebih cheese lg cantik |
My pizza |
Lunch for my family..pizza home..bukan hut..hehe |
Next time aku akan cuba lagi sampai betul-betul jadi..good luck to me!
No comments:
Post a Comment