Yummy!! |
Setelah berkurun dok order jer tiap kali terasa nak makan, hari ini dalam sejarah aku berusaha buat sendiri fruit tartlet..one of my favourite..hehe..itu la akibatnya bila setiap kali ada masa terluang asyik dok ngadap lappy cari resepi itu..resepi ini..
Walaupun first time buat at least jadi la jugak..hehe..tapi mcm biasa aku still tak puas hati..rasa mcm tak sama jer walaupun hubby aku kata ok..lepas sebijik sebijik masuk mulut dia..hehe..bangga juga la sbb hubby aku ni jenis yg pe'nasi'...kuih-kuih tak main..kali ni kira dia bagi support la..syukur..
Resepi Fruit Tartlet
By: Puan Mariam Abdul Aziz
Copied by: EeizmaBahan-bahannya:-
A) Bahan Pastry
250gm butter (biarkan pada suhu bilik)
500gm tepung gandum (ayak banyak kali)
100gm gula icing (kurangkan kepada 50gm sahaja sbb buah2an dah manis)
1 tsp esen vanilla
2 biji telur (biarkan pada suhu bilik)
Cara membuatnya:-
1. Ayak tepung bersama gula icing beberapa kali
2. Masukkan butter dan ramas sehingga jadi serbuk roti.
3. Masukkan esen vanilla dan gaul rata.
4. Pecahkan telur dalam bekas lain dan pukul mengunakan whisk tangan sehingga kembang
5. Masukkan telur kedalam bekas tepung dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
6. Panaskan oven dengan kepanasan 180 c (bergantung pada oven anda) api atas bawah.
7. Ambil sedikit doh dan bentukkan dalam acuan tartlet sebelum dibakar selama 10-15 minit atau sehingga ianya perang (bergantung kepada oven anda)
8. Tart shell boleh dibuat terlebih dahulu dan disimpan dalam bekas kedap udara.
Nota:-
Tujuan tepung diayak berkali-kali bersama gula icing adalah untuk mendapatkan kulit tart yang cantik dan licin. Jika kulit tart nampak mengerutu....itu bermakna bancuhan doh anda tidak begitu menjadi.- Pastikan butter dan telur berada dalam suhu bilik sebelum digunakan. Jangan terus guna butter atau telur yang dikeluarkan dari peti ais. Jika guna buttercup, sila masukkan sedikit garam dalam bancuhan. Jika guna butter jenama lain....tak perlu masukkan garam.
B) Custard
1 biji telur
200gm gula halus
2 sudu makan custard (pastikan ia bumbun)
1/2 kotak susu segar / 500ml susu segar
Cara-caranya:-
1. Pukul telur bersama gula sehingga kembang. pukul guna whisk tangan sahaja. Tak perlu sampai gebu....cukup sehingga kembang sahaja.
2. Masukkan custard dan kacau sehingga rata
3. Masukkan susu segar dan kacau rata
4. Masukkan bahan-bahan yang disatukan ini kedalam periuk dan masak atas api dengan api sederhana.
5. Kacau perlahan-lahan sehingga berkilat dan kelihatan pekat.
6. Angkat dan terus sudukan kedalam kulit tart dengan segera kerana custard cepat mengeras.
7. Susun buah-buahan hiasan diatasnya
Punya la renyah nk buat benda..bukan apa..adunan ni untuk lebih kurang 34 biji tapi acuan tart cuma ada doblas..so lambat la wei..ni yg susah bila chef tak cukup ilmu masak..huhu..apa pun resepi ni sangat best..tart shell dia walaupun aku buat agak tebal tapi masih lagi rangup..just love it..
No comments:
Post a Comment