Finally berjaya jugak ku buat chicken pie setelah beberapa dok ulang cakap nak buat tapi dok masak benda lain..hehe..sebenarnya disebabkan teringin bebenor nk buat chicken pie ni lah aku minta Mr Hubby belikan oven..walaupun tak secantik mana rupa dia tapi kawan-kawan cakap ok la..rasa pun ok..alhamdulillah..
Resepi Chicken Pie
10 biji (acuan 4 inci)
By: Kak Azie
Copied by: Eeizma
Bahan Pastri
250 g tepung gandum
200 g butter - lembut
110 g yoghurt
1 kuning telur1 sk gula (optional)
Secubit garam
Cara-cara:
1.Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali yoghurt. Gaul sehingga menjadi crumble.
2.Masukkan yoghurt dan kacau sehingga menjadi doh yang sangat lembut. Jika terlalu lembut, masukkan sedikit demi sedikit tepung ke dalamnya sehingga menjadi doh.
3.Simpan dalam peti ais selama 30 minit.
Sementara itu, bolehlah disediakan chicken pie filling.
Chicken Pie's Filling
500 g isi ayam - hiris kecil
1 karot - potong kecil
1 biji green capsicum - potong kecil
1 bawang besar - potong kecil
4 ulas bawang putih - cincang
120g white button mushroom - hiris
2 sb olive oil
Perap ayam dengan:
1 sb oyster sauce
1/2 sk serbuk perencah Secukup Rasa
Parsley flake
1 sk sesame oil
Sedikit serbuk black pepper
1 sb tepung jagung + 3 sb air (memekatkan)
1 telur - pukul (lenser)
Cara-cara:
1.Panaskan minyak olive. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2.Masukkan karot dan kacau rata sehingga separuh masak, kemudian ayam yang diperap sehingga masak.
3.Masukkan mushroom dan capsicum, kacau sebentar supaya tidak terlebih masak.
4.Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga pekat dan sesuaikan rasa.
Membuat Pie
1.Panaskan oven pada suhu 180C.
2.Tekan tekan doh dengan tangan pada ketebalan 1/4 cm (atau asal tidak terkoyak) atas papan pencanai yang ditabur tepung.
3.Letak atas acuan pie dan biarkan lebih. Tekan mengikut bentuk acuan dan gunting lebihan doh mengikut bentuk acuan.
4.Sudukan inti ayam ke dalamnya.
5.Tutup permukaan dengan sekeping doh lain dan gunting lebihan doh. Tekan keliling doh dengan menggunakan garpu supaya kedua dua doh melekat.
6.Cucuk permukaan atas dengan garpu supaya wap boleh keluar semasa dibakar.
7.Sapu permukaan atas dengan telur yang dipukul tadi.
8.Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga pie menjadi keperangan.
Inti dia yg delicious |
Dinner for tonight |
Kiranya aku berpuas hati dengan adegan masak memasak pada hujung minggu kali ni..semua ok..walaupun agak penat sebab nak buat benda ni semua mmg renyah..ye la "rajin" sangat memasak sebelum ni kannnnn..cuma chicken pie ni macam tak cukup inti..sebabnya aku tersalah beli dia punya acuan aluminium..panjang sikit dari biasa..jadi inti tu tak melimpah mcm yang sepatutnya..next time buat insyaallah akan lebih baik..hehe
Moral of the story..nak memasak sekarang ni cukup senang..cakap la apa saja..dari masakan kampung ke masakan western..resepi di hujung jari anda..ye la..buku masakan ada..pak cik google pun ada..nak ngan tak nak jer..rajin ngan tak rajin jer..kan..kan..
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment