Saturday, June 30, 2012

JJCM - Ana Ikan Bakar Petai


Biasanya satu-satu blog tu berkisar tentang satu perkara utama jer..cam personal..resepi..restoran yang dilawati..konon-konon cam segmen jalan-jalan cari makan..sekarang ni blog aku dah ala-ala caca marba..sekejap citer pasal personal..kejap citer pasal masak memasak..resepi bagai..dan ni nak cakap pasal kedai makan plak dah..hehe..ala..pelbagai sikit..tak salah kan..tapi aku maybe akan continue utk post pasal resepi sebab bagi aku sekurang-kurangnya ada gak ilmu yang dikongsi walaupun tak seberapa..dapat gak pahala kan..insyaallah..

Ni sambungan citer pasal aku jalan-jalan pada hari Sabtu semalam..actually dah lama aku usha nak pergi restoran ni..tapi nak bagi tahu Mr Hubby tak sampai hati plak..dia super duper busy..nak merengek yang bukan-bukan rasa cam tak patut..so aku simpan je la niat tu..sampai la minggu lepas dia tak fly langsung so aku pun ajak la dia..alhamdulillah dia ok..best..hari-hari aku remind dia..hehe


Dekat pukul 7 hampir penuh restoran ni..

Dok usha blog kengkawan yg citer psl Restoran Ana Ikan Bakar Petai ni..katanya ramai org..aku pun plan nk pergi awal...Mr Hubby tak suka tempat yg crowded so kitaorang pergi lepas Asar..dalam pukul 5.30 petang..sampai pukul 6..tempat parking dah penuh..kami parking tepi jalan..tapi disebabkan kedai dia besar jadi tak de masalah nk cari tempat duduk..aku pun terus pilih lauk utk dinner..aku ambik ikan siakap bakar petai..udang masak pedas..sotong celup tepung..tomyam dan telur dadar..ralat gak sebab sayur tak de..kata pelayan tu stok tak sampai..dan last but not least appetizer..kopok lekor..hehe


Muka control macho anak bujang mama

Ala masamnya muka..muka bangun tido

Menu

Udang masak pedas




Kopok lekor yg best

Tomyam yg rupa tak sememeh tapi boleh tahan

Telur dadar..tak pernah tinggal

Sotong celup tepung

Ikan bakar petai..punya la banyak petai dia letak


Overall semua makanan kat sini boleh tahan..aku bagi markah 7/10..terutama udang..sangat fresh..Mr Hubby kata tak menghampakan..siap berkenalan dengan owner dia..hehe..total semua tu termasuk air durian belanda..kelapa laut dan teh o ais limau RM88++..mahal ke? Mahal gak la..tapi ok jer..

Note: Masa on the way balik..nampak org jual durian..singgah makan lagi..layan la kehendak anak dan bibik..BIBIK??..ngada tul ler..

Rambutan gading..my feveret

Durian kampung gred B..bestttttt

Hari yg kenyang sesangat..lari diet aku..huaaaa..


Pulut Lepa aka Pulut Panggang


Sedapppp..

Pagi-pagi bila dah bakar pulut ni satu dapur bau wangi..yum..yum..resepi pulut ni aku jumpa dalam blog resepicitarasawan..tapi aku adjust ikut citarasa aku..hmmm..lagi pun aku buat sikit jer..dalam lebih kurang 12 biji kot..hehe

Pulut Lepa

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan beras pulut (rendam semalaman)
1 1/2 sudu besar gula (kalau tak letak pun tak pe)
150 ml santan pekat (aku guna santan kotak)
1/2 cawan air
1 sudu besar garam atau kurang/lebih - biar santan rasa masin sikit

Serunding ikan/daging/ayam
Daun pisang

Cara-cara:

1. Toskan pulut yang direndam dan kukus selama 10 minit atau sparuh masak
2. Keluarkan pulut dan gaulkan dengan santan yang telah dicampur dengan air, gula dan garam
3. Kukus lagi sehingga pulut masak (dalam lebih kurang 10-15 minit)
4. Lap dan layur daun pisang atas api
5. Ambil pulut dan ratakan atas daun pisang. Letak serunding atas pulut tersebut dan gulung pulut dengan daun pisang..tekan dan padatkankan..Lipat kedua hujung daun dan cuck dengan lidi.
6. Bakar atas bara api (aku bakar atas grill pan jer)

Bekpes pagi Sabtu

Aku sangat happy sebab Mr Hubby cakap sedap..tapiiii..tetap ada tapi tuuu..katanya kurang inti dan lagi sedap kalau guna serunding ikan..mmg betul pun..serunding ikan paling best untuk buat pulut lepa ni..tapi aku tak de beli plak..jadi aku guna seunding daging jer le..

Saturday Day's Out


Sabtu yang sangat memenatkan tapi sangat happening..seawal 7.00 pagi aku dah menyiapkan bekpes untuk family..ala bukan pagi sgt pun..tapi sangat pagi bagi hari minggu aku..ye la..hari kerja dah konfem kena bangun awal kan..bekpes pagi ni pulut panggang dengan roti cicah kari ayam..yummilicious..

Hari ni aktiviti pertama yg dah Mr Hubby plan ialah nk gi Mid Valley..hehe..cam biasa..nk pergi sana harus lah pepagi lagi sbb parking mmg susah kalau lambat..tujuannya nk pi hantar gambar untuk dibuat buku..free of charge sebab Mr Hubby ada beli kamera..dah hantar tetiba amoi yg kerja kat situ cakap aku salah format sizing dia..wallawei..penat datang dow..alang2 datang jalan-jalan la dulu kan...

Mr Hubby ajak gi The Gardens..mmg feveret dia..dah habis ronda tempat yg dia suka, aku masuk Isetan..jumpa Guess Kid sales..best..terus beli seluar raya Haikal..seluar 3 helai campur t shirt selai lebih kurang RM250++..murah giler..sales dia 70%..tapi cam biasa la saiz banyak yang dah habis..tapi sib baik Haikal punya ada lagi..cuma t shirt tak banyak..

Balik rumah around 2 petang..terus rehat dan bersihkan diri..sebenarnya dari  minggu lepas aku sibuk dok ajak Mr Hubby gi makan-makan kt Bangi..kitaorang gi dari pkl 5.30 sampai rumah 8.30 malam..alhamdulillah semua tempat dalam planning aku dapat singgah..siap makan durian lagi..hehe..tak habis kat situ sampai rumah terus ke rumah jiran sebelah ada besday party..lebih kurang pkl 9.30 malam baru balik..dong deng dong deng lebih kurang pkl 12.00 baru boleh rebah belakang..ayoyo..

Whatever it is..today is the best day ever..the whole day was amazing..a zillion thanks to Mr Hubby for making my day so wonderful..thank you so much..you make me happy more than ever..love you so much..

Note: If i can get my dream breadmaker would make me more happier..hehe


Love Of My Life


Sunday, June 24, 2012

Chicken Pie Pujaan Hati


Finally berjaya jugak ku buat chicken pie setelah beberapa dok ulang cakap nak buat tapi dok masak benda lain..hehe..sebenarnya disebabkan teringin bebenor nk buat chicken pie ni lah aku minta Mr Hubby belikan oven..walaupun tak secantik mana rupa dia tapi kawan-kawan cakap ok la..rasa pun ok..alhamdulillah..

Resepi Chicken Pie
10 biji (acuan 4 inci)
Copied by: Eeizma

Bahan Pastri

250 g tepung gandum
200 g butter - lembut
110 g yoghurt
1 kuning telur
1 sk gula (optional)
Secubit garam

Cara-cara:
1.Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali yoghurt. Gaul sehingga menjadi crumble.
2.Masukkan yoghurt dan kacau sehingga menjadi doh yang sangat lembut. Jika terlalu lembut, masukkan sedikit demi sedikit tepung ke dalamnya sehingga menjadi doh.
3.Simpan dalam peti ais selama 30 minit.

Sementara itu, bolehlah disediakan chicken pie filling.

Chicken Pie's Filling

500 g isi ayam - hiris kecil
1 karot - potong kecil
1 biji green capsicum - potong kecil
1 bawang besar - potong kecil
4 ulas bawang putih - cincang
120g white button mushroom - hiris
2 sb olive oil

Perap ayam dengan:
1 sb oyster sauce
1/2 sk serbuk perencah Secukup Rasa
Parsley flake
1 sk sesame oil
Sedikit serbuk black pepper
1 sb tepung jagung + 3 sb air (memekatkan)
1 telur - pukul (lenser)

Cara-cara:
1.Panaskan minyak olive. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2.Masukkan karot dan kacau rata sehingga separuh masak, kemudian ayam yang diperap sehingga masak.
3.Masukkan mushroom dan capsicum, kacau sebentar supaya tidak terlebih masak.
4.Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga pekat dan sesuaikan rasa.

Membuat Pie

1.Panaskan oven pada suhu 180C.
2.Tekan tekan doh dengan tangan pada ketebalan 1/4 cm (atau asal tidak terkoyak) atas papan pencanai yang ditabur tepung.
3.Letak atas acuan pie dan biarkan lebih. Tekan mengikut bentuk acuan dan gunting lebihan doh mengikut bentuk acuan.
4.Sudukan inti ayam ke dalamnya.
5.Tutup permukaan dengan sekeping doh lain dan gunting lebihan doh. Tekan keliling doh dengan menggunakan garpu supaya kedua dua doh melekat.
6.Cucuk permukaan atas dengan garpu supaya wap boleh keluar semasa dibakar.
7.Sapu permukaan atas dengan telur yang dipukul tadi.
8.Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga pie menjadi keperangan.




Inti dia yg delicious

Dinner for tonight

Kiranya aku berpuas hati dengan adegan masak memasak pada hujung minggu kali ni..semua ok..walaupun agak penat sebab nak buat benda ni semua mmg renyah..ye la "rajin" sangat memasak sebelum ni kannnnn..cuma chicken pie ni macam tak cukup inti..sebabnya aku tersalah beli dia punya acuan aluminium..panjang sikit dari biasa..jadi inti tu tak melimpah mcm yang sepatutnya..next time buat insyaallah akan lebih baik..hehe

Moral of the story..nak memasak sekarang ni cukup senang..cakap la apa saja..dari masakan kampung ke masakan western..resepi di hujung jari anda..ye la..buku masakan ada..pak cik google pun ada..nak ngan tak nak jer..rajin ngan tak rajin jer..kan..kan..

Selamat mencuba!


Fruit Tartlet


Yummy!!
Setelah berkurun dok order jer tiap kali terasa nak makan, hari ini dalam sejarah aku berusaha buat sendiri fruit tartlet..one of my favourite..hehe..itu la akibatnya bila setiap kali ada masa terluang asyik dok ngadap lappy cari resepi itu..resepi ini..

Walaupun first time buat at least jadi la jugak..hehe..tapi mcm biasa aku still tak puas hati..rasa mcm tak sama jer walaupun hubby aku kata ok..lepas sebijik sebijik masuk mulut dia..hehe..bangga juga la sbb hubby aku ni jenis yg pe'nasi'...kuih-kuih tak main..kali ni kira dia bagi support la..syukur..

Resepi Fruit Tartlet
By: Puan Mariam Abdul Aziz
Copied by: Eeizma

Bahan-bahannya:-

A) Bahan Pastry
250gm butter (biarkan pada suhu bilik)
500gm tepung gandum (ayak banyak kali)
100gm gula icing (kurangkan kepada 50gm sahaja sbb buah2an dah manis)
1 tsp esen vanilla
2 biji telur (biarkan pada suhu bilik)


Cara membuatnya:-
1. Ayak tepung bersama gula icing beberapa kali
2. Masukkan butter dan ramas sehingga jadi serbuk roti.
3. Masukkan esen vanilla dan gaul rata.
4. Pecahkan telur dalam bekas lain dan pukul mengunakan whisk tangan sehingga kembang
5. Masukkan telur kedalam bekas tepung dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
6. Panaskan oven dengan kepanasan 180 c (bergantung pada oven anda) api atas bawah.
7. Ambil sedikit doh dan bentukkan dalam acuan tartlet sebelum dibakar selama 10-15 minit atau sehingga ianya perang (bergantung kepada oven anda)
8. Tart shell boleh dibuat terlebih dahulu dan disimpan dalam bekas kedap udara.



Nota:-
Tujuan tepung diayak berkali-kali bersama gula icing adalah untuk mendapatkan kulit tart yang cantik dan licin. Jika kulit tart nampak mengerutu....itu bermakna bancuhan doh anda tidak begitu menjadi.- Pastikan butter dan telur berada dalam suhu bilik sebelum digunakan. Jangan terus guna butter atau telur yang dikeluarkan dari peti ais. Jika guna buttercup, sila masukkan sedikit garam dalam bancuhan. Jika guna butter jenama lain....tak perlu masukkan garam.

B) Custard
1 biji telur
200gm gula halus
2 sudu makan custard (pastikan ia bumbun)
1/2 kotak susu segar / 500ml susu segar


Cara-caranya:-
1. Pukul telur bersama gula sehingga kembang. pukul guna whisk tangan sahaja. Tak perlu sampai gebu....cukup sehingga kembang sahaja.
2. Masukkan custard dan kacau sehingga rata
3. Masukkan susu segar dan kacau rata
4. Masukkan bahan-bahan yang disatukan ini kedalam periuk dan masak atas api dengan api sederhana.
5. Kacau perlahan-lahan sehingga berkilat dan kelihatan pekat.
6. Angkat dan terus sudukan kedalam kulit tart dengan segera kerana custard cepat mengeras.
7. Susun buah-buahan hiasan diatasnya




Punya la renyah nk buat benda..bukan apa..adunan ni untuk lebih kurang 34 biji tapi acuan tart cuma ada doblas..so lambat la wei..ni yg susah bila chef tak cukup ilmu masak..huhu..apa pun resepi ni sangat best..tart shell dia walaupun aku buat agak tebal tapi masih lagi rangup..just love it..

Movie time


Setelah beberapa lama tak bersuka ria finally we are manage to spend our little precious time together by watching this ohsem movie..brave..

Kalau ditengok pada rupa kartun ni cam tak sememeh jer tapi sebab itu jer yang sesuai untuk anak bujang aku, so layan jer la..

Suprising..citer ni sangat hebat..walaupun kartun tapi apa yg nk disampaikan tu cukup bagus dan menyentuh hati..actually mmg la tengok citer utk happy happy tapi aku bleh siap nangis lagi..hahaha..ni second citer kartun yang aku nengok sambil nangis..teruk betul..


Tengok la rambut heroin citer ni...serabai

Anyway nak tahu naper aku nangis..pi la tgk sendiri..i'm sure you wont regret it..positive..ni adalah iklan free of charge hokkay..promote citer yg best tak salah kan...








Tuesday, June 19, 2012

Sunday, June 17, 2012

Pizza Dari Rumah


As i said before..next project will be pizza..so pizza in the house yo..hehe..poyo betul la khenn..

Entry kali ni just nk share gambar-gambar pizza yg aku buat serta resepinya..honestly aku tak puas hati dengan dough dia..bukan kata dough tu tak ok..may be cara aku uli atau ingredients tak betul sukatan ke..tak tahu la..so i asked my friend..dia ni suka gak baking cake dan masak pelik2..pelik kat aku la..dia cakap beli jer tepung pizza kt kedai Bagus..laaa..jenuh aku cari rupanya kt situ jer..tapi itu next time la..

So..resepinya seperti yg tertera kt bawah ni dan cam biasa dicilok dari blog Kak Azie

Home made pizza

Untuk Dough

Bahan bahan:
1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)
 
Cara-cara:
 
Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.

Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.

Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan. Jika masih melekat, tambahkan sedikit tepung gandum.

Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan.

Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan   atas doh.

Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit atau lebih lama. 
 
 
 
Kemudian tumbuk doh bagi mengeluarkan udara di dalamnya. Bahagikan kepada 2 bahagian. Adunan ini sesuai untuk 2 biji pizza saiz 10" atau 12" jika crust yang nipis.
 
Taburkan tepung gandum atas papan pencanai dan gelek dengan kayu pencanai. Taburkan sedikit tepung gandum atas pizza pan sebelum diletakkan doh tadi. 

 

Untuk Topping:
 
Sos pizza - aku letak sos pasta prego/kimball bawang putih dan selasih
Chicken frankfurter
Filamen ketam
Lada benggala merah dan hijau
Bawang besar
Cendawan butang putih
Italian herbs
Cheese Mozarella

Bahan-bahan untuk topping pizza
 
Sedia untuk diletakkan pizza sauce dan topping mengikut citarasa masing masing. Sapukan sauce di sekeliling dan letaklah apa apa topping disukai seperti pepperoni, chicken, frankfurter dan apa apa sayuran disukai serta cheese.

 
Pizza base yang telah disapu dengan sos dan ditabur italian herbs
 

Selepas ditabur segala jenis benda..dan last cheese Mozarella..lg banyak lagi best..
 
Tak macam Kak Azie..aku tak ambil gambar untuk tunjuk step by step sebab aku ni ala2 kalut sikit nak masak benda baru..sat gi ada jer tertinggal step..hehe

Anyway..aku letak jugak la gambar yg telah diambil atas bantuan my bibik..
 
Kalau letak lebih cheese lg cantik

My pizza

Lunch for my family..pizza home..bukan hut..hehe
 
Walaupun tak puas hati sangat..tapi at least percubaan pertama agak berjaya..sekeping pizza 10" habis dimakan oleh dua beranak hantu pizza tu..kira berjaya la tu kan..

Next time aku akan cuba lagi sampai betul-betul jadi..good luck to me!
 
 

 

Saturday, June 16, 2012

Kas D'Boutique


Hari ni mmg rasa hangin jer..dah lama kan x de citer-citer yg hot cam ni..dan sebenarnya pun tak nak dah post entry hangit ni..tapi hati mmg tak puas hati..nga saper sebenarnya ni.. Actually tak puas hati dengan butik Kas ni..pasai apa? Pasal baju raya la..dah la jahit awal lg..dapat2 baju mcm ukur org lain..bukan nk ckp aku kurus ke apa..namanye jahit baju kurung moden tp besar mcm jahit baju kurung biasa..ckp la ko nk jahit baju kurung biasa ler kan senang..lg tak puas hati sebab upahnya mahal gak..sepasang RM150.00 tp hasilnya cam hampeh.. 

 Aku mmg bermasalah nk cari tailor dari tahun lepas..lepas gaduh dgn tailor kt kampung aku yg lagi la hampeh tu aku mmg pening tiap kali nk htr baju..mesti korang ckp apsal la asik gaduh ngan tailor..mana la aku tak marah kt tailor kt kg aku tu..kawan aku hantar baju kat dia..dkt 2 tahun baru siap..boleh..bila aku call tak angkat..sms pun tak balas..pas tu bila aku suruh kakak aku pi tanya naper dia buat cam tu..katanya baju tu dia htr upah kerawang kt siam tp sbb sehelai jer dia malas nk pi ambik..sengal tak? Pas tu dia kata x jwb sms aku sbb x tahu nk ckp apa.. 

Berbalik pd Kas Butik..jauh plak melalut aku ni..hehe..tadi aku pergi la htr balik baju tu untuk dialter..aku cari budak yg ambil ukuran aku tu..nk tanya la..bukan apa..last year dia jahit mmg marbeles..ngam2 jer..tak kecik sgt..pakai pun selesa..budak tu tak de plak..datang sorang pompuan ni dengan muka masam kelat..tanya nk apa..mak aii..mcm aku dtg nk hutang duit ngan dia..aku ckp la nk alter baju..dia buat muka cam sioott..aku tahu apa yg dia pikir..dia ingat aku jahit kt tempat lain..aku terus ckp ngan dia yg aku mmg jahit kt situ..dia buat muka lagi..adoii..panas hati tul la..pas tu aku tanya mana budak pompuan yg selalu deal ngan aku tu..dia ckp budak tu dh berenti..hmmm 

Dia tak de pun nk check buku ukuran tu sebab baju yg dijahit kt situ mmg ada tag..nasib baik aku bwk baju ukuran yg tahun lepas..malas nk byk citer..aku suruh jer dia alter ikut baju tu..kang suruh ukur balik kang byk citer plak..muka da la cam siot..Minggu depan katanya boleh ambik..pas tu ambik no hp aku guna kertas kecik jer sekeping..kot la hilang ke..apa ke..hisshh..nk kena maki agak budak ni..pas tu aku ckp la pompuan yg dulu tu janji nk jahit sepasang lagi baju aku..dia tak nak..langsung tak de nk cuba2 ke apa ke..dia ckp kita tender sekarang..kalau saya ambik pun konfem x sempat siap..oooo..patut la baju aku rasa semacam jer..bukan tukang jahit biasa..dia pi tender kt org..cinabeng tul la..

Itu la kedai jahit melayu..bila rasa byk sikit job mula la buat bangang..caj org giler punya mahal tapi kualiti tak jaga..may be this is the last time aku jahit kt situ.. Yang aku susah hati ni mana la aku nk jahit baju aku lg sepasang tu..huhu..ada gak butik lain dekat area Seksyen 7 tu..butik Chantek pun ada..tp dengar citer butik tu pun sama jer lagaknya tak lalu aku..rega nk mahal servis cam sampah.. Sapa rasa volunteer nk jahit baju aku angat tangan...waaaa...tak cukup korum la baju raya aku tahun ni..

Sebenarnya bukan la niat nk tabur pasir kt periuk nasi diaorg..may be nasib aku tak baik..may be orang lain ok kot..cuma menyuarakan ketidakpuasan hati aku..tak cantik baju satu hal..tak pe la..still boleh alter..tapi tolong la layan pelanggan dengan baik..sebaik mana korang nak orang bayar atas kerja korang..

 

Thursday, June 14, 2012

Let's bake


Semenjak dua menjak rajin cuba resepi baru ni tetiba jumpa resepi yg sesangat best ( bagi aku la )..resepi chicken pie..semestinya dari blog Kak Azie..tgk mmg marbeles..kecor air liur..so tgh best fokus kat ingredient dia terperasan yg resepi ni kena bakar dalam oven...alamak..camna ekk..sebanyak-banyak barang dalam rumah aku benda ni plak yang tak ada..hancur perasaan..chewah..camna ni..teringin nk cuba ni..ada sesapa yang baik hati nak perabih duit belanja oven kt i tak..huhu

Dengan tak tunggu-tunggu lagi aku menyusun ayat membodek Mr Hubby tercinta..dan Mr Hubby dengan relanya membiarkan diri di'pow' oleh isteri tersayang..kehkehkeh..walaupun oven yang dihadiahkan tu tak seperti yang diidamkan tapi i'm so glad he did..biasa la..idam yg ohsem..


Mengidam yg ni..huhu
Dapat yang ni..


Sebenarnya kalau Mr Hubby nak beli yg first tu pun mana nk letak..sbb dapur aku mmg kecik..then dah buat kitchen kabinet pun..tak tahu la kalau buleh ejas letak memana..tapi konfiden aku rasa tak boleh..peti es pun nyaris nk kena letak kt luar..

Anyway thank you darling for making my dream come true..for supporting me..(walau kekadang dia ckp aku suka mengarut..)..projek pertama aku buat ialah moist chocolate cake..naper tak buat chicken pie yg ohsem sgt tu..sbbnya si kecik tu beria sgt..siap minta tolong lagi..so untuk tidak menghampakan dia aku buat la chocolate cake tu..

Resepi dari Kak Azie la..sapa lagi..dia ni mcm aku punya mentor la..walau tak kenal pun tapi semua masakan yang aku intend nk buat semua Kak Azie ada..love her blog..


Seriously sgt moist..yummy

So, next project will be red velvet cake or pizza..barang semua dah beli..so let's see what happen next..

C y'all..


Thursday, June 7, 2012

Layan Jiwang



Sudah Cukup Sudah – Nirwana Band

Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja

T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja



Bait2 lagu ni sangat menyentuh hati..
Mode: Jiwang karattttsss