Dari minggu lepas aku dok godek-godek cari resepi apa lagi yg nak dicuba..terjumpa satu blog ni
Cahaya Cintaku..sgt menarik yg paling aku suka sebab resepi yang ditulis siap dengan gambar bahannya..cara masaknya sekali..siap step by step..so kalau yg baru nak cuba memasak macam aku ni sgt la berguna..
Berbalik pada kerjaya menggodek pakcik google minggu lepas..aku terjumpa resepi lasagna..sebenarnya aku bukan suka sgt pun tapi saja nk mencuba..sebab resepi yg ditunjukkan sangat menarik..dan bila aku mencubanya mmg sangat sedap..Mr Hubby mula-mula aku ckp nk buat lasagna dia mencebik jer..katanya tak best la..eh eh belum makan dah ckp tak best..dia mintak aku masak meehoon goreng jer utk dia..tapi bila nk makan aku bagi dia cuba satu sikit pastu siap berebut ngan anak bujang aku..hehe..sila la tgk resepinya..
Lasagna
Bahan utama :
Kepingan lasagna
Bahan2 utk buat inti daging :
1. Sos prego - aku guna jenis bawang putih dan basil
2. Cendawan butang - aku tak letak
3. Daging cincang - aku guna jenama ramly pun boleh
4. Serbuk black pepper dan serbuk oregano - aku guna italian herbs..semua ada kan
5. Bawang besar dan bwg putih 5 ulas di potong dadu
6. Keju mozarella
7. Keju parmesan - aku tak letak8. Sos cili 1 sudu besar ~ taknak letak pun takpe
9. Garam secukup rasa
Bahan2 utk Sos Putih :
1. 2 sudu besar butter
2. Keju cheddar - aku guna je 2 keping keju cheesedale
3. 250 ml fresh milk
4. 2 sudu besar tepung gandum
5. garam secukup rasa
Cara Membuat inti Daging :
Masukkan 4 sudu besar minyak masak.. aku guna minyak zaitun
Tumis bawang yg di cincang tadi.. tunggu sampai naik bau
Masukkan pula daging cincang
Gaulkan hingga daging berubah jadi kaler mcm di atas
Kemudian tuang sos prego tadi.. tuang semua sekali..gaul sebati
Masukkan garam secukup rasa
Masukkan serbuk italian herbs
Masukkan sesudu besar sos cili
Tabur serbuk black pepper
Cara Membuat Sos Putih :
Cairkan butter..
Masukkan 2 sudu besar tepung gandum.. gaul sebati.. pastikan guna api kecik
Masukkan fresh milk
Masukkan keju cheddar/cheesedale.... kacau sampai keju tu sebati
Masukkan garam secukup rasa.. kacau sampai likat sikit
* Nota : Untuk lebih sedap buat lebih sos putih ni
Cara Melapis Lasagna :
Ambik
loyang yg sesuai - aku guna bekas aluminum..susun
kepingan lasagna sampai menutup semua bahagian loyang..
Taburkan dgn inti daging
Tuangkan sos putih tutup sampai hilang pandangan inti daging tu..
Taburkan cheese mozarella
Ulang balik cara yg sama.. suka hati nak buat berapa layer..
yg penting last sekali mesti sos putih dan cheese yg di tabur
Bakar lasagna pada suhu 180 celcius dalam 30-40 minit..bakar sampai
keju tu agak2 perang atau masak semuanya..dlm 30-40 minit..
bergantung pada size oven masing-masing.. guna api atas bawah
|
Makan masa panas-panas..cheese tgh meleleh |
Apa yang aku boleh cakap..resepi ni mmg best..sampai Mr Hubby mintak untuk bawa sebagai bekal ke office..bangga mak..auw..hehe