Gebus gebas muffin itew..hilhik |
Dear diary..hari ni just nk share resepi muffin pisang..my favourite..sesungguhnya pisang mmg tak pernah menghampakan..best!
Jom tgk resepi..
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan gula 2 biji pisang yang ranum
1/2 cawan minyak masak
2 biji telur
1/3 cawan susu segar
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder
beberapa titik esen vanilla
Cara-cara :
1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat,
3. Pukul telur hingga berbuih (agak2 dalam 1 minit) baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.
4. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je. (Tak guna mixer pun..pakai tangan jer)
5. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan bakar pada suhu 170 darjah selama 18 ke 20 minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder (kalau nak).
Nota : panaskan oven 200'C selama 15 minit. Bila dah masukkan adunan turunkan suhu 180'C dan bakar selama 30 minit (ikut oven masing2)
Resepi ni kita amik dari blog ct delima..ye la..dh guna resepi org apa salahnya bg kredit sikit kan..muah2..
Berterabur barisan kawad muffin i..fail..heee |
No comments:
Post a Comment