Thursday, May 8, 2014

Laksam aka Lakse aka Sedappp

Makanan eksotik org kelantan..eksotik la sgttt..hikhik..sajer jer nk share resepi..dh berkali-kali buat pun..ni baru rasa nk share..actually aku ambik resepi dari idola aku Kak Azie..mostly resepi yg aku cuba..aku amik dr blog dia..mmg best..tak rugi cuba..jom layan resepi..



Laksam Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Dikopi dan diadjust oleh : Ee izma

Bahan laksam:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air suam (3 cawan air panas + 2 cawan air biasa)
1/2 sk garam

Cara cara:
Satukan tepung beras dan tepung gandum, kemudian tuang air sedikit sedikit sehingga bancuhan sebati. Panaskan periuk pengukus. Panaskan tudung periuk yg nipis/dulang tembaga atau kuali non stick di dalam pengukus. Sapukan sedikit minyak pada tudung terlebih dahulu supaya tidak melekat. Sendukkan bancuhan, guna senduk dan ratakan di atas tudung tersebut. Pastikan tidak terlalu nipis atau tebal mcm buat penkek/lemping. Kukus sehingga ianya betul betul masak dan menggelembung semua, barulah laksam tak patah semasa digulung. Angkat dan kemudian letak adunan atas tudung periuk lain pula. Ulang sehingga habis. Sapu minyak setiap kali sebelum meletak adunan. Sejukkan seketika baru digulung supaya kelihatan licin dan cantik.

Cara Menggulung:
Guna pisau plastik untuk keluarkan adunan dari tepi tudung. Terus ditolak adunan supaya bergulung sekata dan tolak sehingga jatuh ke hujung tudung. Tak perlu dipegang untuk mengelakkan cepat basi. Atau pegang berlapikkan plastik. Mula menggulung dari bahagian yang tebal ke bahagian yang nipis sebab biasanya adunan tak sekata ketebalan semasa dikukus. Gunting nipis nipis sebelum dihidangkan.

Bahan Kuah
1 kg ikan sardin - rebus ambik isi
1/2 kg santan pekat 1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia 
1 sk serbuk lada hitam 3 keping asam keping
Garam Gula secukup rasa.

Cara-cara:
Ikan yang direbus dikisar bersama bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam
Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak.
Masukkan garam, gula dan asam keping. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

Ulam
Kacang panjang
Daun kesum
Timun batang
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis

Sambal
Cili padi
Cuka
Garam
Gula

Kisar kesemua bahan di atas

Bahan lain
Belacan
Garam

Mudahkan..semudah A B C..chewahh..hee..

Ulam tak cukup korum..
Mula-mula mmg renyah..tp bila dh buat byk kali..semua beres..

So resepi dh bagi..apa lagi..happy cooking eberibodi!!

No comments:

Post a Comment