Wednesday, May 28, 2014

Lovely Cheese Cake

Gambar kurang memuaskan..blur di pagi hari
Kalau dah start tu susah plak nk berenti..hee..satu tabiat aku yg aku paling x suka..bila start diet jer..mula la aku gila nk memasak..x kira la apa benda pun..lebih2 lagi kek..kali  ni aku try plak kek cheese..tp yg ni tak meleleh..yg meleleh air liur aku..heee..lecehnya cheese cake ni pada cara nk buat..bahan-bahan cukup simple..takde yg pelik2 pun..tp masak dah pakai 1 jam 30 minit..pastu kena tunggu lg 1 jam..pastu tunggu sejuk..pastu baru boleh masukkan dalm peti ais..makna kata la..kalau malas tak yah buat kek ni..tapi bila dh boleh makan..tidak terhenti di suapan pertama saja bak kata Kak Azie...mmg asyik nk meyuap jer ler kejenya..apa2 pun layan jer la

Kek Cheese
Resepi dari : Kak Azie

Bahan Utk Crust:
1 3/4 cawan graham cracker crumbs
3 sb gula
Secubit garam
1/2 stick (4 sb) unsalted butter - cairkan



Bahan Utk Cheesecake:
2 pounds (four 8-ounce boxes) cream cheese - suhu bilik
1 1/3 cawan gula kaster
1/2 sk garam
2 sk pure vanilla extract
4 telur gred A - suhu bilik 
1 1/3 cawan sour cream atau heavy cream, atau kombinasi kedua duanya

Cara cara Membuat Crust:

Lenser butter pada springform saiz 9 inci. Balut bawah dengan 2 lapis aluminium foil. Letakkan springform atas baking sheet
Gaul crumbs, gula dan garam di dalam bekas kecil. Tuang butter cair dan kacau hingga sebati. Boleh guna jari sahaja
Tuang ke dalam springform dan menggunakan jari, tekan rata bawah dan sekeliling pan. Letakkan di dalam freezer sementara oven dipanaskan
Letakkan rak di tengah oven dan panaskan pada 180C. Masukkan springform di dalam baking sheet dan bakar selama 10 minit. Ketepikan crust untuk disejukkan sementara menyediakan cheesecake. Kurangkan suhu oven kepada 165C.


Cara cara Membuat cheesecake:

Didihkan air di dalam periuk. 

Menggunakan mixer elektrik, putar cream cheese dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan berkrim dalam 4 minit. Masukkan gula dan garam sambil terus diputar selama 4 minit lagi. Masukkan vanilla.



Masukkan telur satu persatu dengan diputar dalam 1 minit setiap kali.
Kurangkan kelajuan pada level stir sahaja dan masukkan heavy cream.



Kacau adunan dengan spatula dan tuangkan ke dalam springform
Letakkan roasting pan di dalam oven dan tuangkan air mendidih ke dalamnya.

Bakar selama 1 jam 30 minit sehingga bahagian atas keperangan. Tutup oven dan buka sedikit pintu oven dan biarkan cheesecake di dalam oven selama 1 jam lagi.

Selepas 1 jam, keluarkan dari oven. Berhati hati kerana kemungkinan terdapat air panas di dalam aluminium foil. Keluarkan foil dan biarkan cheesecake berada pada suhu bilik di atas wire rack.

Bila cheesecake telah sejuk, tutup bahagian atas springform dengan aluminium foil dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.

Bolehlah dikeluarkan dari springform dan dipotong untuk dihidangkan. Basuh pisau setiap kali selepas memotong
Semasa menghidang, boleh juga diletakkan blueberries/rasperry sauce atau apa apa yang disukai sebagai topping
Aku buat separuh jer dr adunan tu sbb takut tak menjadi..alhamdulillah still sedap..aku tak letak topping sbb aku lebih suka mkn gitu jer..
So..apa lg..jom makan..hikhik..

No comments:

Post a Comment