Wednesday, May 28, 2014

Lovely Cheese Cake

Gambar kurang memuaskan..blur di pagi hari
Kalau dah start tu susah plak nk berenti..hee..satu tabiat aku yg aku paling x suka..bila start diet jer..mula la aku gila nk memasak..x kira la apa benda pun..lebih2 lagi kek..kali  ni aku try plak kek cheese..tp yg ni tak meleleh..yg meleleh air liur aku..heee..lecehnya cheese cake ni pada cara nk buat..bahan-bahan cukup simple..takde yg pelik2 pun..tp masak dah pakai 1 jam 30 minit..pastu kena tunggu lg 1 jam..pastu tunggu sejuk..pastu baru boleh masukkan dalm peti ais..makna kata la..kalau malas tak yah buat kek ni..tapi bila dh boleh makan..tidak terhenti di suapan pertama saja bak kata Kak Azie...mmg asyik nk meyuap jer ler kejenya..apa2 pun layan jer la

Kek Cheese
Resepi dari : Kak Azie

Bahan Utk Crust:
1 3/4 cawan graham cracker crumbs
3 sb gula
Secubit garam
1/2 stick (4 sb) unsalted butter - cairkan



Bahan Utk Cheesecake:
2 pounds (four 8-ounce boxes) cream cheese - suhu bilik
1 1/3 cawan gula kaster
1/2 sk garam
2 sk pure vanilla extract
4 telur gred A - suhu bilik 
1 1/3 cawan sour cream atau heavy cream, atau kombinasi kedua duanya

Cara cara Membuat Crust:

Lenser butter pada springform saiz 9 inci. Balut bawah dengan 2 lapis aluminium foil. Letakkan springform atas baking sheet
Gaul crumbs, gula dan garam di dalam bekas kecil. Tuang butter cair dan kacau hingga sebati. Boleh guna jari sahaja
Tuang ke dalam springform dan menggunakan jari, tekan rata bawah dan sekeliling pan. Letakkan di dalam freezer sementara oven dipanaskan
Letakkan rak di tengah oven dan panaskan pada 180C. Masukkan springform di dalam baking sheet dan bakar selama 10 minit. Ketepikan crust untuk disejukkan sementara menyediakan cheesecake. Kurangkan suhu oven kepada 165C.


Cara cara Membuat cheesecake:

Didihkan air di dalam periuk. 

Menggunakan mixer elektrik, putar cream cheese dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan berkrim dalam 4 minit. Masukkan gula dan garam sambil terus diputar selama 4 minit lagi. Masukkan vanilla.



Masukkan telur satu persatu dengan diputar dalam 1 minit setiap kali.
Kurangkan kelajuan pada level stir sahaja dan masukkan heavy cream.



Kacau adunan dengan spatula dan tuangkan ke dalam springform
Letakkan roasting pan di dalam oven dan tuangkan air mendidih ke dalamnya.

Bakar selama 1 jam 30 minit sehingga bahagian atas keperangan. Tutup oven dan buka sedikit pintu oven dan biarkan cheesecake di dalam oven selama 1 jam lagi.

Selepas 1 jam, keluarkan dari oven. Berhati hati kerana kemungkinan terdapat air panas di dalam aluminium foil. Keluarkan foil dan biarkan cheesecake berada pada suhu bilik di atas wire rack.

Bila cheesecake telah sejuk, tutup bahagian atas springform dengan aluminium foil dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.

Bolehlah dikeluarkan dari springform dan dipotong untuk dihidangkan. Basuh pisau setiap kali selepas memotong
Semasa menghidang, boleh juga diletakkan blueberries/rasperry sauce atau apa apa yang disukai sebagai topping
Aku buat separuh jer dr adunan tu sbb takut tak menjadi..alhamdulillah still sedap..aku tak letak topping sbb aku lebih suka mkn gitu jer..
So..apa lg..jom makan..hikhik..

Piala Thomas vs Nasi Arab Mandy


Dear diary..for past few weeks ni rajin sgt la mak jemah ni menggodek dapur..bohsan..plus bila start menggoogle resepi semangat periuk kuali mula la membara..hehehe.. Minggu ni dalam dok sibuk menengok Piala Thomas aku pun sibuk mencari resepi nasi arab..dah lama teringin nk cuba..last2 beli perencah segera dari kawan lama..risau jugak nk cuba pada mulanya takut x sesedap rencah original..tp sbb dh terbeli..jom ler terbuat..hee..

Simple dish yet so attempting..
Nasi Arab Mandi Ayam

Bahan-bahan
Beras basmathi - 2 pot
Perencah nasi arab mandi
1 biji bawang besar - dicincang
3 biji bawang putih - dicincang
1 i kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Beberapa kuntum bunga cengkih
2 bji buah pelaga
1 helai daun bay
Sedikit minyak zaitun
Sedikit garam

Cara-cara:
Rendam beras basmathi lebih kurang 45 minit ke sejam - toskan
Mula2 masukkan 3 sudu besar perencah segera nasi mandy bersama air ke dalam periuk - air agak2 boleh rebus ayam
Masukkan garam - sesuaikan rasa
Bila dah menggelegak masukkan ayam- rebus sampai ayam separuh masak/3/4 masak
Tutup api
Kemudian panaskan minyak zaitun dalam periuk yg lain..tumiskan bawang besar, bawang putih dan rempah 4 beradik tu (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga)
Bila dah agak garing dan bau wangi..masukkan beras yg sudah ditos tadi..kacau
Alihkan beras tersebut ke dalam periuk nasi..masukkan air rebusan ayam tadi..ikut sukatan..kurangkan dari sukatan beras biasa kalau tak dia lembik
Masukkan ayam ke dalam periuk tersebut..masak mcm biasa



Untuk salatah:
1 biji tomato
1 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 biji cili api (kalau suka pedas)
1/2 biji bawang besar
Sedikit daun ketumbar
Sedikit perahan lemon
Sedikit cuka
Garam gula secukup rasa
Blender semua bahan dan siap


Untuk salad
1 batang timun - dipotong dadu (jgn ambil bahagian biji)
1 biji tomato - dipotong dadu
1 biji cili merah - dihiris
1 biji cili hijau - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
Daun ketumbar - dicincang
Perahan lemon
Garam
Gula
Sedikit minyak zaitun
Gaulkan semua bahan di atas..perasakan hingga cukup rasa..


Aku buat sup untuk makan dengan nasi mandy ni..sesetengah kedai nasi arab x sediakan sup..tapi bagi aku makan dengan sup lagi terangkat..

Untuk sup
2 ulas bawang merah - dihiris
2 biji bawang putih - dihiris
sedikit halia - dihiris
Sedikit minyak
Stok ayam

Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga agak garing..masukkan stok ayam..tambah sedikit air..masukkan garam..siap




Puas hati bila makanan yang dimasak dimakan hingga licin..hee..anak bujang yg sgt cerewet pun boleh makan maksudnya ok la tu..

Back to Piala Thomas..walaupun kecewa Malaysia kalah tapi aku selalu pikir..kita yg tak main ni pun kecewa apatah lg pemain itu sendiri..mesti lagi kecewa kan..kalau tak de rezeki..kena terima dengan hati terbuka..apa pun aku percaya MALAYSIA BOLEH!




Tuesday, May 20, 2014

Muffin Pisang


Gebus gebas muffin itew..hilhik
 
Dear diary..hari ni just nk share resepi muffin pisang..my favourite..sesungguhnya pisang mmg tak pernah menghampakan..best!

Jom tgk resepi..

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan gula 2 biji pisang yang ranum
1/2 cawan minyak masak
2 biji telur
1/3 cawan susu segar
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder
beberapa titik esen vanilla

Cara-cara :
1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat,
3. Pukul telur hingga berbuih (agak2 dalam 1 minit) baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.
4. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je. (Tak guna mixer pun..pakai tangan jer)
5. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan bakar pada suhu 170 darjah selama 18 ke 20 minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder (kalau nak).

Nota : panaskan oven 200'C selama 15 minit. Bila dah masukkan adunan turunkan suhu 180'C dan bakar selama 30 minit (ikut oven masing2)

Resepi ni kita amik dari blog ct delima..ye la..dh guna resepi org apa salahnya bg kredit sikit kan..muah2..

Berterabur barisan kawad muffin i..fail..heee


Thursday, May 8, 2014

Laksam aka Lakse aka Sedappp

Makanan eksotik org kelantan..eksotik la sgttt..hikhik..sajer jer nk share resepi..dh berkali-kali buat pun..ni baru rasa nk share..actually aku ambik resepi dari idola aku Kak Azie..mostly resepi yg aku cuba..aku amik dr blog dia..mmg best..tak rugi cuba..jom layan resepi..



Laksam Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Dikopi dan diadjust oleh : Ee izma

Bahan laksam:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air suam (3 cawan air panas + 2 cawan air biasa)
1/2 sk garam

Cara cara:
Satukan tepung beras dan tepung gandum, kemudian tuang air sedikit sedikit sehingga bancuhan sebati. Panaskan periuk pengukus. Panaskan tudung periuk yg nipis/dulang tembaga atau kuali non stick di dalam pengukus. Sapukan sedikit minyak pada tudung terlebih dahulu supaya tidak melekat. Sendukkan bancuhan, guna senduk dan ratakan di atas tudung tersebut. Pastikan tidak terlalu nipis atau tebal mcm buat penkek/lemping. Kukus sehingga ianya betul betul masak dan menggelembung semua, barulah laksam tak patah semasa digulung. Angkat dan kemudian letak adunan atas tudung periuk lain pula. Ulang sehingga habis. Sapu minyak setiap kali sebelum meletak adunan. Sejukkan seketika baru digulung supaya kelihatan licin dan cantik.

Cara Menggulung:
Guna pisau plastik untuk keluarkan adunan dari tepi tudung. Terus ditolak adunan supaya bergulung sekata dan tolak sehingga jatuh ke hujung tudung. Tak perlu dipegang untuk mengelakkan cepat basi. Atau pegang berlapikkan plastik. Mula menggulung dari bahagian yang tebal ke bahagian yang nipis sebab biasanya adunan tak sekata ketebalan semasa dikukus. Gunting nipis nipis sebelum dihidangkan.

Bahan Kuah
1 kg ikan sardin - rebus ambik isi
1/2 kg santan pekat 1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia 
1 sk serbuk lada hitam 3 keping asam keping
Garam Gula secukup rasa.

Cara-cara:
Ikan yang direbus dikisar bersama bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam
Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak.
Masukkan garam, gula dan asam keping. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

Ulam
Kacang panjang
Daun kesum
Timun batang
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis

Sambal
Cili padi
Cuka
Garam
Gula

Kisar kesemua bahan di atas

Bahan lain
Belacan
Garam

Mudahkan..semudah A B C..chewahh..hee..

Ulam tak cukup korum..
Mula-mula mmg renyah..tp bila dh buat byk kali..semua beres..

So resepi dh bagi..apa lagi..happy cooking eberibodi!!

Tuesday, May 6, 2014

Antara Safa Dan Marwah



Hmmm...kalau dah ada idea tu bertubi-tubi post..laju jer..time 'M'..(x leh sebut..hee) satu pun x mari..ni masih lg edisi pot pet pot pet..tapi hari ni nk jd pengulas citer tv..hee..poyo tak.. i is x kisah..

Semalam tgk citer Antara Safa Dan Marwah..citer ni dh berkali-kali di ulangtayang kt asteruk..walau citer dia simple jer tp x tahu naper..sgt melekat kt hati aku..nk kata berkait ngan aku..tak pun..sensitip plak makcik ni kann..

Kisahnya lelaki ni nama Malik (Eman Manan) berkahwin dua atas keizinan isteri dia Marwah (Rita Rudaini) untuk berkahwin lain kerana Marwah mandul..dia berkahwin dengan perempuan miskin nama Safa (Sari Yanti)..mula2 Marwah ok..siap ajak Safa duduk bersama..walau hati dia sakit tp dia biasa jer sampai la dia dihasut oleh ibu dia yg punyai kisah ditinggal oleh suami untuk bersama isteri muda..si ibu takut Marwah mengalami nasib yg sama..bermula la kisah ala2 mak tiri bawang merah bawang putih..kena plak..Safa peknen..lg la kena seksa..yg teraniaya plak mcm bodoh jer biar diperlakukan sesuka hati..biasa la..telemovie melayu..

Byk2 part..yg paling menyentuh hati aku bila Safa difitnah htr santau kt Marwah dan dia dihalau dr rumah tu..laki dia plak..mcm tunggul jer..sbb kena ugut dgn Marwah yg kaya raya (tipikal lg)..Safa ada sebut "Safa sedih..Safa tak sangka..orang yg paling Safa sayang mensia-siakan hidup Safa..Safa akan ingat saat ini"..kena plak dengan lagu Hanya Padamu Saja oleh Ogy..lagu lama..mmg kena ngan citer ni..

Akhir kisah dia..hmmm...korang tgk la sendiri..heee..gurau jer..Safa balik kg..Marwah pegi kg Safa dan paksa Safa minum racun..cam tak logik jer kan..apa kisah..citer jer pun..sambung balik..Safa sakit perut nk bersalin..mak Safa sambut baby..Malik dtg..Safa dah nazak..Marwah mati tertikam diri sendiri..Safa pun mati..tinggal la Malik n Baby..hee..laju jer kan citer..hee

Tapi sebenar benarnya melodi lagu Ogy ni yg buat aku jiwang karatssss..layan la lirik dia

Hanya Padamu
OGY Ahmad Daud

Haruskah kau tanyakan mengapa aku kasih
Mestikah kau tanyakan betapa aku cinta
Bagaimanakah cara untukku menyakinkan
Hanya padamu saja semua ku curahkan

Mungkin kau tak percaya mungkin kau masih sangsi
Ataupun kau sengaja ingin jauhkan diri
Katakanlah sahaja agar aku mengerti
Apa sebenarnya isi di hati

Aku kan jadi seperti dian membakar diri
Menerangi malammu
Memberikan kau sinaran
Di waktu kegelapanmu oh oh
Bukan untuk seketika bukan jua
Hanya untuk sementara
Kan ku temani dikau hingga ke akhir usia

Perlukah kepastian mengapa aku kasih
Haruskah ku nyatakan betapa aku cinta
Kiranya ada cara bagiku membuktikan
Hanya dikau sahaja
Untuk selamanya

Moral of the story..moral lg...kalau dh nk berbini dua..pastikan diri tu mampu dr semua segi..dan mampu handle kedua2 bini..jgn masa nk kahwin semua sanggup rupanya ada penyakit TB..bukan TB yg batuk2 ok.. ni penyakit Takut Bini..hee..sian bini muda tu nnt bila tak dilayan sepatutnya..dan sian bini tua jika tak adil..adil bukan maksud bg sama rata..ye la..if bini tua ada anak 5..bini muda anak 2..takkan bg duit sama byk..kan tak adil tu..adil tu bila meletakkan sesuatu pada tempatnya..heee..takzirah lah pulak..hee..berkata yg baik tu kan pahala..

So..cukup la ye bebelan mak jemah kali ni..saja jer..nk share jiwang sebenarnya..hee

p/s nak cari lagu ni la..x de plak yg upload..

The Help




Dear diary..hari ni rasanya nk popet2 jer..ye la sebulan satu post pun susah nk tulis..bz bebenau gaknya..bz melepet kt umah..sungguh la tak produktif..bangun..pastu melepet..bangun lg..exercise mulut..melepet lg..hee

Anyway citernya hari ni..apa lg..psl bibik aku la..huhu.. bibik yg keenam telah berjaya dihantar pulang dengan jayanya 8 bulan lepas..grrrr..yeah..mem besar telah kembali menjadi mem kecik besar..hai..mmg takde luck la aku dengan maid ni..dpt yg bersih byk tipu daya..dapat yg nk kerja pengotor yg amat..dpt yg tua suka mengarah..dapat yg muda sibuk nk kahwin bagai..dapat yg cerdik sakit plak..nk kena mandi bunga ke air longkang..hee..bunga of course utk aku..air longkang utk bibik..yeahhh..majikan 1 bibik 0..hee..meroyan tahap gaban dh ni..

So nk tenangkan hati yg gundah gulana ni aku tgk la citer The Help..pernah tak tgk citer ni? mmg citer ni x sehebat titanic..atau fast n furious atau hantu kak limah balik rumah..hantu kak limah??..erkkk..hahaha..ok back in track..citer ni mengisahkan helper bangsa negro pada zaman dolu2..pelakon pun x lawa..berkisar zaman 50-60an i guess..layanan terhadap bangsa kulit hitam..sampai toilet pun kena asing..sbb katanya bangsa ni carry different diseases..pada mulanya aku tgk citer ni pun sbb pada masa tu..dh x de citer yg menarik walau byr rm185 untuk chanel yg ntah apa2 ntah kt asteruk tu..aku lyn jer la..mula2 bosan jer..lama2 makin syok..siap aku record lg..smpi anak bujang aku pun suka..dan hafal jln citer..

Nk dipendekkan citer..moral of the story..kisah majikan dan maid ni mmg sama jer di mana2..zaman bila pun..dpt maid yg baik..majikan wat hal...dpt majikan yg baik..maid plak naik tocang..aku ni pun bkn la baik sgt tp tak penah plak aku sepak terajang diaorg walau pun pecahkan set pinggan kesayangan aku..rosakkan tudung ariani aku..bakar kapet g aku beli dgn pakistan..huhu..

Yg lagi sakit hati..ejen yg janji nk ganti balik tu pun bukan selamba badak jer..ambik duit aku RM6.5k..cam byk jer ekk..tak kira..byk ke sikit..tu duit aku..kalau dia x ganti..mmg aku tak kan halalkan satu sen pun..emang dasar pencopet..tetiba sinetron..hee..ejen ni melayu ler..tp sama jer dgn ejen indon..nk untung buta2..janji manis..konon kalau tak puas hati boleh tukar..hampagas tul..

K la..chow dulu..penat dah merapu meraban..pas ni nk post resepi2 jer la..dpt kongsi ilmu..dan in sha allah dpt pahala..




Asam Pedas Ikan Merah

Dear diary..hr ni just nk share resepi asam pedas.. aku suka mkn benda alah ni tp tak jumpa yg betul2 sedap kt tekak aku until last week aku mkn asam pedas kt food court tempat keje aku..sedap..berkobar2 aku cari resepi..still tak jumpa..sampai ler semalam aku google tetiba jumpa resepi yg senang dan sedap dan complete dan itu dan ini..heee..gurau jer

Tak yah cakap byk..jom tgk resepi

Resepi Asam Pedas Ikan Merah

Bahan-Bahan
•1 ekor ikan merah sederhana besar - di potong
•2 biji tomato-belah 4 •secekak daun kesom-agak2lah ya
•1 btng bunga kantan-belah 2
•1 btng serai- di ketuk
•3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
•Garam dan sedikit gula
• minyak utk menumis

Bahan Kisar
•1 cawan cili kisar
•1 inci kunyit hidup
•1 inci halia
•1 biji bawang besar
•5 biji bawang merah
•3 ulas bawang putih
•1/2 inci belacan, dibakar
•1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk kasar)
•Air secukupnya -dlm 4 cwn

Cara-Cara
1.Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Sementara itu belah tomato dan ketepikan dulu.
2.Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah di kacau ya.
3.Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
4.Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
5.Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
6.Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Senangkan..simple n sweet..i loikee..


Takde nk solek2 bagai..hidang pun simple jer..hee


Sunday, January 12, 2014

New Beginning..New Me


Assalamualaikum..my dear diary.. after almost more than a year..diary ini sunyi sepi tanpa sebarang nota..luahan perasaan..gambar-gambar kenangan..

Tak ada sebab musabab pun..cuma keinginan untuk berblog tetiba hilang..mungkin penat..mungkin masalah masa..mungkin itu..mungkin ini.. Yang pasti..aku kembali..tak tahu untuk berapa lama..atau mungkin akan hilang untuk selama-lamanya..

Tahun baru..juga aku yg baru..baru tang mana..hanya aku yang tahu..poyo? mungkin..permulaan yang kurang baik untuk aku tapi aku percaya kepada ketentuan Allah..sentiasa berpikir yang baik..sebut yang baik..in sha allah yang dapat pun yg baik-baik nanti..

So..catch up with u later guys..in sha allah x mo emosi lagi..tak mo sedih-sedih sbb ramai jer yg suka tgk kita sedih..