Dear diary..lama tak being appear..rindunya..kan..kan..actually aku baru balik dari kursus Team Building kat PD..jadi segala urusan mem'blog' ni terpaksa ditunda..resultnya habih idea nk tulis entry terbaru..huhu..anyway kena cepat-cepat update takut penyakit 'M' datang balik..kalau tak bersawang balik la blog ni..
Ok..kali ni just nak share resepi lompat tikam..sbb masa sakit hari tu..one of my bff datang melawat..so tak tau nk buat apa..i decide to this sweet kuih..plus mee goreng..siap my friend ckp..tradisional betul la ko ni..hehe..tak kisah la..asal aku suka kan...
Resepi Lompat Tikam
Bahan yang diperlukan:
Pulut
Pulut 1 1/2 cawan
Santan cair
Pewarna merah
Garam secubit dua
Daun pandan
Tepung hijau
Tepung beras 3/4 cawan
Santan cair 1 1/2 cawan
1/2 cawan pati pandan (mesin dari 5 helai daun pandan)
Sedikit pewarna hijau
Sedikit kapur makan
Garam secubit dua
Santan Pekat
Tepung beras sesudu besar (umbu)
Santan 2 cawan
Garam secubit dua
Daun pandan
Manisan
Manisan kampung 1 - 2 karet
Daun pandan
Air
Cara buat Lompat Tikam:
1. Pulut
Secawan setengah beras pulut direndam dalam air yang dititik sedikit pewarna merah (saya masukkan banyak titik... nak kasi kaler dia ngancam sikit) - Rendam 10 minit pun OK lepas tu toskan dan kemudiannya dikukus dengan sehelai daun pandan yang disimpul(kalau guna kukusan yang berlubang besar, lapikkan beberapa keratan daun pandan sebelum diletak pulut di atasnya) - kukus selama 10 minit - keluarkan dan arung dengan santan kemancar(santan cair) yang dibubuh garam - kukus lagi selama 10 - 15 minit(kali ni dah tak payah lapik daun pandan, letak terus atas kukusan berlubang)
2. Tepung Hijau
Sementara pulut di atas dapur, bancuh 3/4 cawan tepung beras dengan 2 cawan (santan cair dan pati pandan) + secubit kapur makan + sedikit garam - masak atas api - bila sudah masak dan pekat tutup api, tuang dalam loyang *kukus pulak dalam 10 minit*
3. Santan pekat (kepala santan)
Bancuh sesudu besar tepung beras + dua cawan santan + sedikit garam + sehelai daun pandan yang di simpul - masak sampai cair-cair likat - tutup api dan sejukkan
4. Air manisan
Cairkan nise/gula melaka ketul + air + sehelai daun pandan yang disimpul - masak sampai likat - tutup api dan sejukkan
So, sila la cuba kengkawan semua ye..hehe..actually resepi ni aku cedok dari blog FZMenu..so boleh la tgk blog dia kat sini..semua menu masakan ori dari Kelantan..
Hope we all enjoy!
No comments:
Post a Comment