Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, May 28, 2014

Lovely Cheese Cake

Gambar kurang memuaskan..blur di pagi hari
Kalau dah start tu susah plak nk berenti..hee..satu tabiat aku yg aku paling x suka..bila start diet jer..mula la aku gila nk memasak..x kira la apa benda pun..lebih2 lagi kek..kali  ni aku try plak kek cheese..tp yg ni tak meleleh..yg meleleh air liur aku..heee..lecehnya cheese cake ni pada cara nk buat..bahan-bahan cukup simple..takde yg pelik2 pun..tp masak dah pakai 1 jam 30 minit..pastu kena tunggu lg 1 jam..pastu tunggu sejuk..pastu baru boleh masukkan dalm peti ais..makna kata la..kalau malas tak yah buat kek ni..tapi bila dh boleh makan..tidak terhenti di suapan pertama saja bak kata Kak Azie...mmg asyik nk meyuap jer ler kejenya..apa2 pun layan jer la

Kek Cheese
Resepi dari : Kak Azie

Bahan Utk Crust:
1 3/4 cawan graham cracker crumbs
3 sb gula
Secubit garam
1/2 stick (4 sb) unsalted butter - cairkan



Bahan Utk Cheesecake:
2 pounds (four 8-ounce boxes) cream cheese - suhu bilik
1 1/3 cawan gula kaster
1/2 sk garam
2 sk pure vanilla extract
4 telur gred A - suhu bilik 
1 1/3 cawan sour cream atau heavy cream, atau kombinasi kedua duanya

Cara cara Membuat Crust:

Lenser butter pada springform saiz 9 inci. Balut bawah dengan 2 lapis aluminium foil. Letakkan springform atas baking sheet
Gaul crumbs, gula dan garam di dalam bekas kecil. Tuang butter cair dan kacau hingga sebati. Boleh guna jari sahaja
Tuang ke dalam springform dan menggunakan jari, tekan rata bawah dan sekeliling pan. Letakkan di dalam freezer sementara oven dipanaskan
Letakkan rak di tengah oven dan panaskan pada 180C. Masukkan springform di dalam baking sheet dan bakar selama 10 minit. Ketepikan crust untuk disejukkan sementara menyediakan cheesecake. Kurangkan suhu oven kepada 165C.


Cara cara Membuat cheesecake:

Didihkan air di dalam periuk. 

Menggunakan mixer elektrik, putar cream cheese dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan berkrim dalam 4 minit. Masukkan gula dan garam sambil terus diputar selama 4 minit lagi. Masukkan vanilla.



Masukkan telur satu persatu dengan diputar dalam 1 minit setiap kali.
Kurangkan kelajuan pada level stir sahaja dan masukkan heavy cream.



Kacau adunan dengan spatula dan tuangkan ke dalam springform
Letakkan roasting pan di dalam oven dan tuangkan air mendidih ke dalamnya.

Bakar selama 1 jam 30 minit sehingga bahagian atas keperangan. Tutup oven dan buka sedikit pintu oven dan biarkan cheesecake di dalam oven selama 1 jam lagi.

Selepas 1 jam, keluarkan dari oven. Berhati hati kerana kemungkinan terdapat air panas di dalam aluminium foil. Keluarkan foil dan biarkan cheesecake berada pada suhu bilik di atas wire rack.

Bila cheesecake telah sejuk, tutup bahagian atas springform dengan aluminium foil dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.

Bolehlah dikeluarkan dari springform dan dipotong untuk dihidangkan. Basuh pisau setiap kali selepas memotong
Semasa menghidang, boleh juga diletakkan blueberries/rasperry sauce atau apa apa yang disukai sebagai topping
Aku buat separuh jer dr adunan tu sbb takut tak menjadi..alhamdulillah still sedap..aku tak letak topping sbb aku lebih suka mkn gitu jer..
So..apa lg..jom makan..hikhik..

Piala Thomas vs Nasi Arab Mandy


Dear diary..for past few weeks ni rajin sgt la mak jemah ni menggodek dapur..bohsan..plus bila start menggoogle resepi semangat periuk kuali mula la membara..hehehe.. Minggu ni dalam dok sibuk menengok Piala Thomas aku pun sibuk mencari resepi nasi arab..dah lama teringin nk cuba..last2 beli perencah segera dari kawan lama..risau jugak nk cuba pada mulanya takut x sesedap rencah original..tp sbb dh terbeli..jom ler terbuat..hee..

Simple dish yet so attempting..
Nasi Arab Mandi Ayam

Bahan-bahan
Beras basmathi - 2 pot
Perencah nasi arab mandi
1 biji bawang besar - dicincang
3 biji bawang putih - dicincang
1 i kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Beberapa kuntum bunga cengkih
2 bji buah pelaga
1 helai daun bay
Sedikit minyak zaitun
Sedikit garam

Cara-cara:
Rendam beras basmathi lebih kurang 45 minit ke sejam - toskan
Mula2 masukkan 3 sudu besar perencah segera nasi mandy bersama air ke dalam periuk - air agak2 boleh rebus ayam
Masukkan garam - sesuaikan rasa
Bila dah menggelegak masukkan ayam- rebus sampai ayam separuh masak/3/4 masak
Tutup api
Kemudian panaskan minyak zaitun dalam periuk yg lain..tumiskan bawang besar, bawang putih dan rempah 4 beradik tu (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga)
Bila dah agak garing dan bau wangi..masukkan beras yg sudah ditos tadi..kacau
Alihkan beras tersebut ke dalam periuk nasi..masukkan air rebusan ayam tadi..ikut sukatan..kurangkan dari sukatan beras biasa kalau tak dia lembik
Masukkan ayam ke dalam periuk tersebut..masak mcm biasa



Untuk salatah:
1 biji tomato
1 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 biji cili api (kalau suka pedas)
1/2 biji bawang besar
Sedikit daun ketumbar
Sedikit perahan lemon
Sedikit cuka
Garam gula secukup rasa
Blender semua bahan dan siap


Untuk salad
1 batang timun - dipotong dadu (jgn ambil bahagian biji)
1 biji tomato - dipotong dadu
1 biji cili merah - dihiris
1 biji cili hijau - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
Daun ketumbar - dicincang
Perahan lemon
Garam
Gula
Sedikit minyak zaitun
Gaulkan semua bahan di atas..perasakan hingga cukup rasa..


Aku buat sup untuk makan dengan nasi mandy ni..sesetengah kedai nasi arab x sediakan sup..tapi bagi aku makan dengan sup lagi terangkat..

Untuk sup
2 ulas bawang merah - dihiris
2 biji bawang putih - dihiris
sedikit halia - dihiris
Sedikit minyak
Stok ayam

Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga agak garing..masukkan stok ayam..tambah sedikit air..masukkan garam..siap




Puas hati bila makanan yang dimasak dimakan hingga licin..hee..anak bujang yg sgt cerewet pun boleh makan maksudnya ok la tu..

Back to Piala Thomas..walaupun kecewa Malaysia kalah tapi aku selalu pikir..kita yg tak main ni pun kecewa apatah lg pemain itu sendiri..mesti lagi kecewa kan..kalau tak de rezeki..kena terima dengan hati terbuka..apa pun aku percaya MALAYSIA BOLEH!




Tuesday, May 20, 2014

Muffin Pisang


Gebus gebas muffin itew..hilhik
 
Dear diary..hari ni just nk share resepi muffin pisang..my favourite..sesungguhnya pisang mmg tak pernah menghampakan..best!

Jom tgk resepi..

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan gula 2 biji pisang yang ranum
1/2 cawan minyak masak
2 biji telur
1/3 cawan susu segar
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder
beberapa titik esen vanilla

Cara-cara :
1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat,
3. Pukul telur hingga berbuih (agak2 dalam 1 minit) baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.
4. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je. (Tak guna mixer pun..pakai tangan jer)
5. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan bakar pada suhu 170 darjah selama 18 ke 20 minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder (kalau nak).

Nota : panaskan oven 200'C selama 15 minit. Bila dah masukkan adunan turunkan suhu 180'C dan bakar selama 30 minit (ikut oven masing2)

Resepi ni kita amik dari blog ct delima..ye la..dh guna resepi org apa salahnya bg kredit sikit kan..muah2..

Berterabur barisan kawad muffin i..fail..heee


Thursday, May 8, 2014

Laksam aka Lakse aka Sedappp

Makanan eksotik org kelantan..eksotik la sgttt..hikhik..sajer jer nk share resepi..dh berkali-kali buat pun..ni baru rasa nk share..actually aku ambik resepi dari idola aku Kak Azie..mostly resepi yg aku cuba..aku amik dr blog dia..mmg best..tak rugi cuba..jom layan resepi..



Laksam Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Dikopi dan diadjust oleh : Ee izma

Bahan laksam:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air suam (3 cawan air panas + 2 cawan air biasa)
1/2 sk garam

Cara cara:
Satukan tepung beras dan tepung gandum, kemudian tuang air sedikit sedikit sehingga bancuhan sebati. Panaskan periuk pengukus. Panaskan tudung periuk yg nipis/dulang tembaga atau kuali non stick di dalam pengukus. Sapukan sedikit minyak pada tudung terlebih dahulu supaya tidak melekat. Sendukkan bancuhan, guna senduk dan ratakan di atas tudung tersebut. Pastikan tidak terlalu nipis atau tebal mcm buat penkek/lemping. Kukus sehingga ianya betul betul masak dan menggelembung semua, barulah laksam tak patah semasa digulung. Angkat dan kemudian letak adunan atas tudung periuk lain pula. Ulang sehingga habis. Sapu minyak setiap kali sebelum meletak adunan. Sejukkan seketika baru digulung supaya kelihatan licin dan cantik.

Cara Menggulung:
Guna pisau plastik untuk keluarkan adunan dari tepi tudung. Terus ditolak adunan supaya bergulung sekata dan tolak sehingga jatuh ke hujung tudung. Tak perlu dipegang untuk mengelakkan cepat basi. Atau pegang berlapikkan plastik. Mula menggulung dari bahagian yang tebal ke bahagian yang nipis sebab biasanya adunan tak sekata ketebalan semasa dikukus. Gunting nipis nipis sebelum dihidangkan.

Bahan Kuah
1 kg ikan sardin - rebus ambik isi
1/2 kg santan pekat 1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia 
1 sk serbuk lada hitam 3 keping asam keping
Garam Gula secukup rasa.

Cara-cara:
Ikan yang direbus dikisar bersama bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam
Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak.
Masukkan garam, gula dan asam keping. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

Ulam
Kacang panjang
Daun kesum
Timun batang
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis

Sambal
Cili padi
Cuka
Garam
Gula

Kisar kesemua bahan di atas

Bahan lain
Belacan
Garam

Mudahkan..semudah A B C..chewahh..hee..

Ulam tak cukup korum..
Mula-mula mmg renyah..tp bila dh buat byk kali..semua beres..

So resepi dh bagi..apa lagi..happy cooking eberibodi!!

Tuesday, May 6, 2014

Asam Pedas Ikan Merah

Dear diary..hr ni just nk share resepi asam pedas.. aku suka mkn benda alah ni tp tak jumpa yg betul2 sedap kt tekak aku until last week aku mkn asam pedas kt food court tempat keje aku..sedap..berkobar2 aku cari resepi..still tak jumpa..sampai ler semalam aku google tetiba jumpa resepi yg senang dan sedap dan complete dan itu dan ini..heee..gurau jer

Tak yah cakap byk..jom tgk resepi

Resepi Asam Pedas Ikan Merah

Bahan-Bahan
•1 ekor ikan merah sederhana besar - di potong
•2 biji tomato-belah 4 •secekak daun kesom-agak2lah ya
•1 btng bunga kantan-belah 2
•1 btng serai- di ketuk
•3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
•Garam dan sedikit gula
• minyak utk menumis

Bahan Kisar
•1 cawan cili kisar
•1 inci kunyit hidup
•1 inci halia
•1 biji bawang besar
•5 biji bawang merah
•3 ulas bawang putih
•1/2 inci belacan, dibakar
•1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk kasar)
•Air secukupnya -dlm 4 cwn

Cara-Cara
1.Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Sementara itu belah tomato dan ketepikan dulu.
2.Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah di kacau ya.
3.Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
4.Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
5.Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
6.Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Senangkan..simple n sweet..i loikee..


Takde nk solek2 bagai..hidang pun simple jer..hee


Wednesday, July 4, 2012

Red Velvet Cake


Hari ni sebenarnya sangat penat..sbb aku kena kerja luar..tp otak dok pikir nk buat kek..dah berbulan dok mintak resepi RVC dari sorang kawan ni..dia mmg expert masak-masak kek sbb hubby dia foreigner..tapi dok pikir sapa la nk makan..bila sembang ngan kengkawan opis..kata sorang tu..kalau tak de yg nak makan kat rumah bawak kat opis ler..byk piranha tunggu nk ngapp.hehe..

So pikir punya pikir..hari yg sama balik kerja terus singgah kat Bagus..beli superfine flour..buttermilk ngan cream cheese..lama gak aku kat situ..dok mikir resepi mana nak pakai..sbb aku dah google byk resepi RVC..mcm versi ada..utk frosting dia la..utk kek semua mostly sama jer bahannya..dalam dok mikior tu (berapa byk pikir daaaa) ada sorang adik ni..dia pun sama nk beli cream cheese tu..rupanya dia baru balik dari kelas masak RVC..dan dia dgn bagusnya nk share resepi yg baru dia dapat ngan aku...bagus kannn..hehe.tapi last-last aku pakai jer resepi kawan aku bagi..simple..hehe..

Balik rumah lepas jer solat terus ke dapur keluarkan barang-barang nak baking..kena plak Mr Hubby tak de kat rumah minggu ni jadi untuk dinner aku masak yg simple jer la utk anak bujang aku tu..sibuk benar nk membaking ni..aku ikut sebijik sebijun resepi yg dibagi tu..sikit pun tak silap..bukan apa takut tak menjadi..risau plak..alhamdulillah...kek nya sedap bangettt..mmg tak rugi cuba resepi ni..
  


RED VELVET CAKE

Bahan-bahan:

Kek

1. ¾ cawan butter
2. 2 ½ cawan tepung kek
3. 3 sudu besar serbuk koko
4. 1 ½ sudu kecil serbuk penaik
5. 2 cawan gula
6. 3 biji telur
7. 1 sudu kecil esen vanilla
8. 2 sudu besar pewarna merah
9. 3 sudu besar air suam
10. 1 cawan buttermilk
11. 1 sudu kecil baking soda
12. 1 sudu besar cuka

Cara-cara:

1. Tapis tepung, serbuk penaik dan serbuk koko (Bahan A)
2. Pukul butter dan gula. Masukkan telur satu per satu. Pukul hingga sebati
3. Masukkan esen vanilla, pewarna,dan air. Pukul lagi.
4. Masukkan campuran tepung (bahan A) tadi bergilir-gilir dengan buttermilk. Pukul hingga sebati.
5. Campurkan baking soda dengan cuka dan pukul dengan laju untuk 15 saat dan masukkan ke dalam adunan
6. Bakar dalam oven dengan suhu 175c selama 20-25 minit (bergantung pada jenis oven)

Frosting

1. 1 Paket Philadelphia krim cheese
2. 2 Cawan gula icing (aku letak 1 1/2 cawan jer)
3. 3 Sudu besar butter
- Pukul hingga sebati. Siap

 Buat frosting tak de la susah mana tapiiiiii..nak deco dia tu..masyaallah..kemas yg belah ni belah sana terkopek..aduyaii..tak boleh nk bisness jual kek cam ni..fail..anyway anyhow..alhamdulillah jadi seperti yang diinginkan..sedap pun sedap..sebab resepi yg diberi tu mmg tepat..


Kek ni sgt sedap..sila abaikan decoration yer...


Kek ni aku buat dua lapis jer sebab takut nk potong 3 layer..takut tak balance


So moist..hehe

Aku sangat puas hati sebab ni kali pertama buat..dan hasilnya sgt memuaskan sampai ada yang nk order ngan aku..masalahnya aku buat bukan utk jual..just for fun and increase my knowledge..anyway terima kasih pada kawan-kawan yang bagi support.. 




Sunday, July 1, 2012

Lasagna


Dari minggu lepas aku dok godek-godek cari resepi apa lagi yg nak dicuba..terjumpa satu blog ni Cahaya Cintaku..sgt menarik yg paling aku suka sebab resepi yang ditulis siap dengan gambar bahannya..cara masaknya sekali..siap step by step..so kalau yg baru nak cuba memasak macam aku ni sgt la berguna..

Berbalik pada kerjaya menggodek pakcik google minggu lepas..aku terjumpa resepi lasagna..sebenarnya aku bukan suka sgt pun tapi saja nk mencuba..sebab resepi yg ditunjukkan sangat menarik..dan bila aku mencubanya mmg sangat sedap..Mr Hubby mula-mula aku ckp nk buat lasagna dia mencebik jer..katanya tak best la..eh eh belum makan dah ckp tak best..dia mintak aku masak meehoon goreng jer utk dia..tapi bila nk makan aku bagi dia cuba satu sikit pastu siap berebut ngan anak bujang aku..hehe..sila la tgk resepinya..


Lasagna

Bahan utama :
Kepingan lasagna
 
Bahan2 utk buat inti daging :

1. Sos prego - aku guna jenis bawang putih dan basil
2. Cendawan butang - aku tak letak
3. Daging cincang - aku guna jenama ramly pun boleh
4. Serbuk black pepper dan serbuk oregano - aku guna italian herbs..semua ada kan
5. Bawang besar dan bwg putih 5 ulas di potong dadu
6. Keju mozarella
7. Keju parmesan - aku tak letak
8. Sos cili 1 sudu besar ~ taknak letak pun takpe
9. Garam secukup rasa

Bahan2 utk Sos Putih :

1. 2 sudu besar butter 
2. Keju cheddar - aku guna je 2 keping keju cheesedale
3. 250 ml fresh milk
4. 2 sudu besar tepung gandum
5. garam secukup rasa

Cara Membuat inti Daging :

Masukkan 4 sudu besar minyak masak.. aku guna minyak zaitun
Tumis bawang yg di cincang tadi.. tunggu sampai naik bau
Masukkan pula daging cincang
Gaulkan hingga daging berubah jadi kaler mcm di atas
Kemudian tuang sos prego tadi.. tuang semua sekali..gaul sebati
Masukkan garam secukup rasa
Masukkan serbuk italian herbs
Masukkan sesudu besar sos cili
Tabur serbuk black pepper
 
Cara Membuat Sos Putih :

Cairkan butter..
Masukkan 2 sudu besar tepung gandum.. gaul sebati.. pastikan guna api kecik
Masukkan fresh milk
Masukkan keju cheddar/cheesedale.... kacau sampai keju tu sebati
Masukkan garam secukup rasa.. kacau sampai likat sikit
 
* Nota : Untuk lebih sedap buat lebih sos putih ni
 
Cara Melapis Lasagna :

Ambik loyang yg sesuai - aku guna bekas aluminum..susun kepingan lasagna sampai menutup semua bahagian loyang..
Taburkan dgn inti daging
Tuangkan sos putih tutup sampai hilang pandangan inti daging tu..
Taburkan cheese mozarella
Ulang balik cara yg sama.. suka hati nak buat berapa layer.. yg penting last sekali mesti sos putih dan cheese yg di tabur

Bakar lasagna pada suhu 180 celcius dalam 30-40 minit..bakar sampai keju tu agak2 perang atau masak semuanya..dlm 30-40 minit.. bergantung pada size oven masing-masing.. guna api atas bawah


Makan masa panas-panas..cheese tgh meleleh
Apa yang aku boleh cakap..resepi ni mmg best..sampai Mr Hubby mintak untuk bawa sebagai bekal ke office..bangga mak..auw..hehe


Saturday, June 30, 2012

Pulut Lepa aka Pulut Panggang


Sedapppp..

Pagi-pagi bila dah bakar pulut ni satu dapur bau wangi..yum..yum..resepi pulut ni aku jumpa dalam blog resepicitarasawan..tapi aku adjust ikut citarasa aku..hmmm..lagi pun aku buat sikit jer..dalam lebih kurang 12 biji kot..hehe

Pulut Lepa

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan beras pulut (rendam semalaman)
1 1/2 sudu besar gula (kalau tak letak pun tak pe)
150 ml santan pekat (aku guna santan kotak)
1/2 cawan air
1 sudu besar garam atau kurang/lebih - biar santan rasa masin sikit

Serunding ikan/daging/ayam
Daun pisang

Cara-cara:

1. Toskan pulut yang direndam dan kukus selama 10 minit atau sparuh masak
2. Keluarkan pulut dan gaulkan dengan santan yang telah dicampur dengan air, gula dan garam
3. Kukus lagi sehingga pulut masak (dalam lebih kurang 10-15 minit)
4. Lap dan layur daun pisang atas api
5. Ambil pulut dan ratakan atas daun pisang. Letak serunding atas pulut tersebut dan gulung pulut dengan daun pisang..tekan dan padatkankan..Lipat kedua hujung daun dan cuck dengan lidi.
6. Bakar atas bara api (aku bakar atas grill pan jer)

Bekpes pagi Sabtu

Aku sangat happy sebab Mr Hubby cakap sedap..tapiiii..tetap ada tapi tuuu..katanya kurang inti dan lagi sedap kalau guna serunding ikan..mmg betul pun..serunding ikan paling best untuk buat pulut lepa ni..tapi aku tak de beli plak..jadi aku guna seunding daging jer le..