Dalam galak menceritakan perihal anak kecilku aku terlupa untuk menceritakan kisah pengorbanan seorang insan yang bernama ibu..
Tidak kira apa pun panggilan yang dipanggil..insan tulus yang banyak melakukan pengorbanan terhadap keluarga aku gelarkan dia 'chek'..setiap saat aku dapat merasakan kepahitan yang chek lalui sementelah ayah meninggalkan kami sewaktu umurku masih muda..dengan wang pencen yang tak seberapa..chek menjaga keluarganya..tak pernah sekali pun aku melihat atau mendengar chek merungut atau menangis tetapi di dalam hatinya siapa yang tahu..aku melihat setiap saat chek berusaha supaya anaknya menjadi seorang yang berjaya..tapi tak pernah sekalipun terkeluar perkataan 'terima kasih' dari mulut anak-anak chek..
Pernah suatu ketika ada yg ingin menjaga chek tapi chek menolak..sbb jika chek berkahwin lain pencen akan ditarik balik..jika jodoh mereka tak panjang..dgn apa chek ingin memberi anak-anak makan..begitulah pengorbanan chek terhadap anaknya..dgn membelakangkan kebahagiaan sendiri..
Chek bukan setakat ibu yang baik..malah chek juga seorang anak yang taat..di saat nenek terlantar sakit..chek menjaga nenek dengan baik sehingga satu ketika chek sendiri tidak dapat menjaga dirinya sendiri..chek mengalami penyakit stroke...aku sangat sedih ketika itu tapi akhirnya aku redha..Everything happens for a reason..Allah tidak menganiaya umatnya..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..hikmah dari ini..chek dapat berehat secukupnya setelah sekian lama berpenat lelah menjaga dan membesarkan anak-anaknya sendirian..
Kepada chek...aku ingin mengucapkan terima kasih kepada kerana telah menjaga dan membesarkan aku sebagaimana aku sekarang..sekurang-kurangnya aku berjaya dalam fasa hidup aku sendiri..budi dan jasa chek tak terbalas sampai bila-bila pun..maafkan aku jika selama ini aku banyak menyusahkan dan melukakan hati chek..semoga chek sentiasa bahagia dan mempunyai kesihatan yang baik..kasih sayangku pada chek melimpah ruah walaupun tidak pernah terucap dengan kata-kata..
I Love U Mum.. I really do..You are my everythings..I am sorry for hurting U..Thank U for giving me everything i ever need..
Note: Kasih sayang daripada seorang IBU adalah kasih yang paling tulus dan ikhlas..Kasih yang tidak meminta balasan...kasih yang tiada berpenghujung...
No comments:
Post a Comment