Friday, March 5, 2010

Tak paham aku....

Tak paham..mmg aku tak paham..nak buat benda baik pun susah jadinya..jgn salah faham..apa yang nak aku story mory kat sini bukan kisah aku tp kisah someone yg related dgn aku.. i mean family related..
Sebagai anak kita sememangnya perlu patuh dgn ibubapa kita..itu yang diarahkan oleh Allah kepada kita..mempunyai ibubapa yang memahami dan menyayangi kita seadanya merupakan satu bonus buat kita..kerana bukan semua ibubapa sanggup bersikap demikian..bukan nak menuduh mereka tidak menyayangi tetapi cara masing-masing adalah berbeza..begitu juga dengan this fellow..let's just call her N..berumur lebih suku abad melayakkan kita untuk membina mahligai bersama org tersayang..dan selalunya family pasti akan susah hati kalau anak dara masih tak kahwin2..tetapi tidak dgn family N..dari sekolah N dikongkong oleh parent dia..may be nk jaga keselamatan anak perempuan mereka..tetapi jika apa2 aktiviti sekolah pun tak diberi involve..bagi aku tak patut..my mom pun pernah tegur her parent sebab setakat nk pergi latihan bola jaring kat sekolah..betul2 depan rumah pun tak bagi..aku ingat bila dia dah habis belajar all those "kongkong" things are coming to an end..rupanya makin worst..pagi semlm N sms aku kata tension sesgt sbb her mother tak izinkan dia kahwin..actually last year her bf dtg merisik..ye la..mereka dah kenal agak lama..kalau tak silap aku lepas sekolah dulu..lebih kurang 9 tahun lepas..tetapi mak dia beri alasan yg N tak de kerja tetap...biarlah dpt kerja dulu..baru boleh kahwin..fortunately beberapa bulan lepas N dapat tawaran guru tetap..dkt hometown plak tu..mmg rezeki dia..so..her bf pikir nak dtg sekali lagi untuk bincang hal mereka..walaupun dah dimalukan sebelum ini...bkn apa selalunya kat my hometown..biasanya pihak lelaki akan dtg merisik bila dah confirm yg family perempuan dah setuju..merisik/meminang tu sebagai adat je la..sambung citer si N ni..bila dah keje tetap N dgn konfidennya mengutarakan perihal nak kahwin kat mak dia..mak dia still tak bagi dia kahwin..alasan terbaik yg mak dia bagi..kerja biar lama sikit..aku sendiri pun tak paham kenapa susah sgt nk lepas anak dia ni..nk kata muda..dah 27 tahun..bukan bf dia nk buat main2..mmg diaorang dah intend to marry..bukan bagus ke kalau dah niat nk bina msjid..semua kaum kerabat tak paham dgn parent si N ni..pas tu stubborn tahap batu bata..tak dgr ckp sesapa..alangkah beruntungnya parent dia sbb si N bukan jenis anak yang membelakangkan ibubapa..kalau tak dah jadi mcm Rita Rudaini..lari kahwin kat siam..
Moral of the story..ibubapa patut memahami keadaan semasa anak2..bila dah cukup matang..mereka patut lepaskan anak mereka..sampai bila mereka nk simpan..nak buat pekasam..sekarang mereka masih mampu jaga..bila dah tua..dah tak berdaya..tak kah mereka pikir yang anak mereka memerlukan seseorang yg sanggup menjaga mereka..bukan boleh menongkah langit..bukan boleh menolak takdir jika sampai ajal..tidakkah mereka pikir masa depan anak mereka..aku selalu berdoa agar aku tak menjadi seperti mereka..tambahan mak aku sendiri tidak pernah memperlakukan anak2nya begitu..walaupun mak tak berpelajaran tinggi seperti parent N tetapi mak lebih memahami dan sporting..
Mesti orang pelik kenapa aku begitu teruja bercerita kisah ini..semuanya kerana kisah yang sama pernah berlaku kepada makcik aku..masa muda semua pinangan ditolak..mula2 sbb dia muda..pas tu nenek merasakan jika makcik aku kahwin tak de siapa yg akan tinggal bersamanya..sekarang nenek telah tiada..makcik pun sudah berumur..siapa la yg sudi menjadikannya suri..not accusing tetapi that's the fact..kalau yg muda berlambak2 naper nak ambik yg tua..makcik tinggal seorang..melayan kucing bagi mengisi kekosongan..nak duduk ngan anak sedara makcik tak selesa..tambah dia punyai rumah sendiri..so pity..aku tak salahkan makcik..tapi jika nenek membuat keputusan yang wajar pada ketika dulu..mungkin hidup makcik bukan begini..aku bukan menolak qada' dan qadar..tetapi kisah ini aku jadikan pengajaran untuk aku..utk semua yg membaca kisah ini..
**Untuk makluman..di saat aku menulis entri ini..N masih lagi tersepit antara cinta dan keluarga

2 comments:

  1. saya seperti ada pengalaman yang semacam ini..dan ada yang lebih complicated..but then as a child..sometimes we have to explain to the parents on how bad it is when parents become overprotective..mungkin nampak macam biadab sebab menjawab and what not..tapi kalau yang dikongkong tu diam, memang tak jadik ape..biarlah orang keliling nasihat berbakul2..tapi anaknye tu redha, jadi bagi parents tu takde masalah la..kite cuba fahamkan ibu bapa tu bahawa, selagi kita biarkan dia berlegar di sekeliling kita, anak kita takkan berjaya lebih daripada orang lain..lepas kan sket tali tu, so anak boleh belajar mengenal erti hidup sebenar...afterall, selagi makabah boleh berjalan, selamat lah anak tu..cuba one day makabah ditakdirkan mengadap tuhan..mati kutu jadinye nanti...cuba akak suggest kat N tu, buka mulut dengan lebih luas..ajak mak bincang tiap hari sampai dia bosan..by the way, tahniah kepada N sbb berjaya jadi anak yang sungguh patuh..maaf cakap..nana ni degil dan sangat mempertahankan hak sendiri...tapi jangan lupa minta ampun selalau ngan makabah..wallahua'alam

    ReplyDelete
  2. betul tu dear..citer si N kadang2 buat akak terfikir dan berdoa jgnlah kita ni jd mcm tu jugak bila tua nnt..bukan salah nk menyayangi dan melindungi tapi bila smpi waktunya..lepaskan kerana mereka juga ingin merasa bahagia dan memiliki keluarga sendiri

    ReplyDelete