Monday, March 1, 2010

Kejam seorang yang bernama manusia

My dear diary..actually banyak entri yang nak aku post kat sini..maklumlah lately sgt-sgt sibuk.. my busiest time of all..sekarang free..so here I am..firstly aku decide untuk memperkatakan tentang kisah yang sgt meruntun hati iaitu kisah penderaan allahyarham adik Syafiah Humairah..these are definately personal opinions of mine..nothing to do with political views or such..nor to humiliate others..kalau sebelum ini aku hanya mengomel sendiri bila ada kisah-kisah penderaan kanak-kanak dipaparkan..tetapi kali ini aku terpanggil untuk meluahkan pendapat aku yang tak berapa pandai ini..manusia jenis apakah yang sanggup memperlakukan seorang kanak-kanak yang masih hijau umurnya seperti barang...disepak..dipijak..masyaallah..manusia seperti ini lebih keji daripada binatang..atas apa alasan pun..perbuatan sebegini tak dapat diterima..terbayang di mata ini wajah si kecil Syafiah..betapa tidak berdayanya dia..


Walaupun lelaki ini merupakan suspek..tetapi bagi aku si ibu tidak boleh boleh lepas tangan begitu sahaja..dia mesti dipertanggungjawab atas apa yang berlaku..sebagai ibu..jika anak digigit nyamuk sekali pun kita mesti perasan inikan pula dicucuh api rokok..benarkah sibuk si ibu sampai tidak menyedari derita yang ditanggung si anak..ataupun disebabkan umur yang masih muda ditambah dengan bebanan hidup..maka dia terlepas pandang..yg bagi aku bukan satu alasan..apapun siapalah kita untuk menghukum..jika benar dia sememangnya tidak mengetahui tentang apa yang terjadi, maka aku doakan semoga Allah memberikan kekuatan kepadanya dalam menghadapi dugaan ini tetapi jika ini hanya lakonan semata-mata demi menutup kesalahan sendiri..Allah akan memberikan hukuman setimpal..kalau tak di dunia.. di akhirat nanti pasti dapat balasannya..waallahualam..


Untuk adik Syafiah Humairah..ku sedekahkan al-fatihah buatmu sayang..penderitaanmu telah berakhir..sesungguhnya Allah menyayangimu..

No comments:

Post a Comment