Tuesday, May 1, 2012
Solok lada
Dalam tak sihat ni sempat lagi pikir nak masak mcm2..hehe..tu yg Mr Hubby ckp..tak padan ngan sakit.. tak sedor diri..tak pe..nnt sihat akan kumasak macam-macam lagi..
Anyway entry kali ni cuma nk kongsi resepi..atas permintaan seorang kawan..dah lama tak buat pun sbb penyediaan dia agak renyah..so layan jer la ye..
Bahan-bahan
Cili kampung hijau 1/2 kilo
Ikan sardin 3-4 ekor (terpulang nk rasa ikan lebih)
Kelapa parut (muda) 3/4 cawan
Santan 3-4 cawan
Kerisik 3-4 sudu besar (agak-agak balance dengan ikan dan kelapa parut)
Bawang merah 4-5 biji (dipotong kecil-kecil..senang nk tumbuk)
Bawang putih 2 biji
Sedikit halia
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit budu (kalau suka)
Asam keping
Perahan limau (optional..kita tak letak pun)
Cara-cara penyediaan
1. Ikan sardin direbus terlebih dahulu. Lepas tu diambil isinya.
2. Cili kampung dibelah sedikit dan dikeluarkan biji dia..jangan plak dibelah terus ye
3. Tumbuk kelapa parut, ikan, bawang merah, bawang putih, halia dan garam sedikit demi sedikit..
(tumbuk sikit-sikit secara berulang supaya lumat)
4. Setelah semua dah siap ditumbuk..masukkan kerisik, gula dan budu..gaul rata..
5. Masukkan sedikit santan supaya isi solok tidak kering dan senang nak dimasukkan ke dalam cili
6. Isikan cili yang telah dibelah tadi dengan isi tersebut sehingga habis
7. Susun semua cili yang dah siap tadi ke dalam periuk yang telah diisi dengan santan
(santan jangan banyak sangat..agak2 lebih sikit dari cili tu)
8. Potong asam keping kecil-kecil dan taburkan di sekeliling cili yang telah diletakkan dalam periuk
9. Masak sehingga santan kering
Nota: Resepi ni diambil dari mak mertua dan alhamdulillah mmg sedap..di mulut saya ler.. resepi dari orang tua tak de yang betul-betul sukatan dia..dia main agak-agak jer..sama la dengan saya..jadi korang pun agak-agak la ye..
Lagi satu, kerisik tu saya buat sendiri sebab yang beli kekadang dapat yg tengik..
So my friend Hana..enjoy ok!
p/s Solok lada di gambar kt atas tu tak berapa elok sebab isi dia terkeluar sikit..hehe
Ke DEMC akhirnya
Ahad lepas aku tetiba diserang gastrik tegar..adoii..mmg dah kena tu dah tak boleh buat apa dah..masa tu hanya ingat Allah jer..ye la terus tak boleh bernafas..
Takutnya Allah saja yang tahu..ye la..nasib baik masa tu Mr Hubby ada..if not tak tahu la..sebenarnya ni kali kedua aku kena mcm ni..first time masa kt kampung..
Ya Allah ya Tuhanku..aku redha dengan ujianMu..namun aku mohon berilah kesihatan untukku..hanya padaMu aku berserah dan padaMu jua aku mohon pertolongan..amin..
p/s: Sakit wooo kena cucuk kt tangan ni..hukhuk
Friday, April 27, 2012
Aku Tensen!!!!
Hari ni dah la demam..tgh lepak-lepak kt rumah..tetiba Mr Hubby cakap..cuti sekolah ni tak boleh balik..statement cukup ringkas..cukup utk bagi aku tersentap..rileks..naper? tanya lagi tu..tak de org..yg lagi sorang cuti raya..ooo..ok..2 minggu kan cuti..tak kan x leh cuti langsung..org tu cuti 2 minggu..sedihnya aku..dah la cuti sekolah jer masa aku nk balik kg jumpa mak aku..kejamnya...aku bukan bleh balik hujung minggu..jauh kan..tapi ada sapa kesah? Harraaaamm
Selalu aku mmg tak campur urusan hubby aku..tapi kali ni mmg terasa sangat..bengang sesangat..tapi nk bengang kat sapa? Jawabnya meraban sengsorang jer la..grrr
Time org lain selalu jer lepas tapi time kami mmg ada jer benda..lepas ni kalau ada lagi yg banyak bunyi psl apa-apa sekali pun mmg la orang tu sangat kurang ajar..
Biar la org lain bersuka ria sekarang..takpe..sampai masa nnt tau la aku..
Mode: Meroyan..so dont mess with me..(nangis lagi.........................)
Thursday, April 26, 2012
Demam lagi..hukhuk
Hari ni aku demam lagi..tak tau apsal..bangun pagi badan jadi seram sejuk..pas tu suara tak kuar..ya Allah..aku sebenarnya baru jer sihat minggu lepas..ingat dah ok..dia dtg balik..adoii
Drive keta pun terhuyung hayang..rasa lamanya nk sampai..sampai jer terus terbungkam tidur..luckily bibik aku bleh masak..so dia ambik alih tugas chef mlm ni..tq Lilis..
Mr Hubby pulak out station malam baru balik..huhu..time demam ni mula la teringat kt mak aku..ye la..mak jaga tak sama dengan orang lain even hubby sekali pun..miss my mum so much..(air mata dah berderai ni..) betul la org kata kasih sayang seorang ibu tiada galang gantinya..bukan la nk kata masa sihat tak ingat..ibu sendiri tak kan tak ingat kan..
Ya Allah berikan aku kesihatan yang baik..aku redha dengan kesakitan yang Engkau kurniakan..sebab aku yakin setiap yg terjadi ada hikmahnya..
Lupa nak cakap..tq juga kepada anak bujang saya sebab tolong jaga saya..ambikkan ubat..basahkan kepala..i know you love me..hukhuk
Tuesday, April 24, 2012
Sekaya Pulut
Hari ni just nk share resepi sekaya pulut..biasanya aku suker makan kuih ni masa bulan pose..suker sgt..tapi tak pernah buat..hari tu sesaje godek pakcik google..jumpa resepi buat kuih ni..cam senang jer..so i just give a try..barang semua dah ada..apa lagi on jer la..then tadaaa..alhamdulillah jadi..hikhik..
So ini resepinya:
Bahagian Bawah
500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 sk garam halus
sedikit minyak masak (jika guna santan kotak)
Cara cara:
Cara cara:
Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam. Basuh bersih dan toskan.
Kukus dengan semua bahan di atas selama 25 minit. Loyang dialas dengan plastik wrap dulu, jika mahu terus menggunakan loyang yang sama.
Kukus dengan semua bahan di atas selama 25 minit. Loyang dialas dengan plastik wrap dulu, jika mahu terus menggunakan loyang yang sama.
Apabila pulut masak, gaul rata rata. Tekan dalam loyang. Taburkan sedikit tepung gandum.
Bahagian atas
5 biji telur itik (guna telur ayam kampung)
4 biji telur
4 keping gula melaka (saiz sederhana)
1 helai daun pandan
3 kuntum bunga cengkih - di ketuk sedikit
1/4 sk garam halus
Cara-cara :
Satukan telur dan bunga cengkih dan dipukul ringan. Ketepikan.
Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan sehingga gula larut.
4 biji telur
4 keping gula melaka (saiz sederhana)
1 helai daun pandan
3 kuntum bunga cengkih - di ketuk sedikit
1/4 sk garam halus
Cara-cara :
Satukan telur dan bunga cengkih dan dipukul ringan. Ketepikan.
Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan sehingga gula larut.
Tuang ke dalam adunan telur, gaul rata dan masukkan sedikit garam
Tapis dan tuang ke atas lapisan bawah dan kukus semula selama 30 minit dengan api sederhana
Angkat dari pengukus dan sejukkan
Actually tuan punya resepi yang saya cuba ni namanya Kak Azie..sgt bagus..sbb dia siap tunjuk cara nk buat..jadi kalau sesapa rasa nk buat dengan lebih konfiden sila la ke blog Kak Azie click sini..
Aku just buat separuh jer dr adunan di atas..dan aku derhaka sikit..letak santan untuk bahagian sekaya tu..sedap..lemak berkrim..cuma aku punya tak de secantik yang Kak Azie buat..sbb aku tak guna telur itik..tak dapat cari hari tu..anyway tq so much Kak Azie sebab kongsikan resepi masakan Kelantan yg sgt sedap..
Sunday, April 22, 2012
Sudah Cukup Sudah
Ini bukan nk citer pasal lagu kumpulan Nirwana ok..ni nk story pasal entry yg lepas..entry yang mana satu plak ni..ala..yg gitu-gitu tu..sini..
Sebenarnya entry tu agak annoying pun..sebabnya citer tu psl orang lain tapi ada jugak kawan lain yang terasa..alamak aii..susah kan..may be citer2 seumpama itu tak sesuai nak dikongsi even at our own blog and suppose not to be written at all i guess..
What to do..damage has been done..kepada yang terasa i am truly sorry..kadang2 apa yg kita maksudkan tak sama apa yang orang lain faham..itu la kekurangan menulis dibanding dengan bercakap..whatever it is i am truly deeply sorry to whoever have been hurt by that entry..
So next time be extra careful..just write the nice happy things happen around you..yang tak best simpan sendiri..(terbakor hati den..hukhuk)..insya allah..aku akan cuba elak dari tulis benda2 camtu ever again..i'll try my best ok..
No hard feeling..
Friday, April 20, 2012
Notty Boy
Finally blog si bolattku siap juga..hehe..
disebabkan yg akan tulis pun umurnya agak-agak comel..maka jenuh la aku mikir satu blog yg simple but nice..maka terhasil lah blog Notty Boy.
Yg rasa-rasa nk bagi support sila la usha blog anak kesayanganku itu..:) sini
So entry pertama mama dia la yg tulis..afterwards insya allah akan dinukil oleh
my little pumpkin tu sendiri.
cekidautttt!!
Subscribe to:
Posts (Atom)





