Tuesday, August 10, 2010

Akhirnya...

Dear diary...ingat lg tak entry yg sebelum ni aku pernah menceritakan perihal sedara ku si N yg cintanya terhalang tanpa sebab..baru2 ni N ada menghantar sms menyatakan yg keluarganya telah mengizinkan mereka kahwin..dari suara N..aku tahu dia sgt gembira..aku pun tumpang gembira..syukur alhamdulillah..

Baru2 ni semasa balik kg..aku ada menyinggah ke rumah N..jumpa dgn ibunya..ye la bukan org lain..sakan la kami berborak dari satu topik ke satu topik..pas tu aku dgn selamba badak memberi statement 'akhirnya jadi jugak budak dua tu..." muka ibunya berubah..rupanya hanya si ibu yg izinkan tetapi si bapa masih lg dgn sikap egonya..aku perlahan2 bertanya apa sebabnya cinta si anak tu dihalang..jawapan yg diterima tidaklah mengejutkan cuma bagi aku yg x berapa pandai ni..benda kecik x yah la dibesar2kan..untuk apa..sepatutnya buang yg keruh..ambil yg jernih..tak de rugi pun

Dan yg paling sedihnya..si N x tahu pun yg si bapa ni sebenarnya masih tidak bersetuju..ataupun ibu N yg tak tahu si N ni sebenarnya tahu perkara sebenar..ye la masa bertunang pun si bapa tak de kt rumah..katanya berada di ofis..sedihnya jika aku yg berada di tempat N.. saat bahagia tidak disaksikan oleh ayah sendiri yg sengaja menghilangkan diri..tapi apakan daya..kalau diikutkan sgt peel si bapa jawabnya x kahwin sampai ke tua lah si N..si ibu meluahkan rasa risaunya semasa kenduri yg bakal diadakan nnt..bagaimana jika si bapa ni masih tak nak beri kerjasama..ye la diakan wali..camna nk kahwin jika wali tak de..kalau tak de terus takpe la plak..

Yang mampu aku tolong hanya mendoakan agar impian si N untuk diijabkabulkan dengan pilihan hati menjadi kenyataan dan semoga berbahagia ke akhir hayat..walaupun sebenarnya bagi aku..tiada apa yg lebih penting dan lebih berkat sesuatu hubungan itu dari mendapat restu kedua ibubapa..

No comments:

Post a Comment