Saturday, April 10, 2010

My Favourite of All

Ada kekadang rasa nk jiwang jer..masa tu la aku akan layan citer "Full House"..first time aku tgk citer ni terus 'jatuh cinta'..actually masa ia ditayangkan pada tahun 2005 kalau aku tak salah la..masa tu kt chanel TV8..ada kawan ckp citer ni best sgt tp aku tak minat pun..one day tetiba aku tertengok la..it hits me..dan selepas itu tiap kali citer ni ditayangkan akulah penonton setia..tp mmg x puas bila citer ni bersambung sambung..

Ingat lagi aku tgh bercuti untuk ambil exam..ptg layan citer ni..tetiba jiwang terlebih rasa cam tak puasnya tv tayang untuk 1 jam jer..last2 aku pada hari yg sama pergi Giant cari VCD citer ni yg berharga RM100++..dah la hujung bulan tp masa tu jiwa kacau aku tak peduli..VCD pack ni ada 16 keping semuanya..dan aku habiskan tgk dlm masa 2 hari je..so kiranya aku mendahului tv masa tu..tgk sambil nangis2..hehe giler jiwang..mmg tersentuh sesgt..citer paling best pernah aku tgk..jgn harap la org nk pinjam citer tu..ye la baru beli..mahal plak tu..best plak tu..sampai anak aku pun ralit jer tgk sama..impactnya aku fail 2 paper yg aku suppose study masa tu..quite crazy huh..there's a price to pay..itulah jadinya bila rasa hati melampaui akal..

Yang pasti ..dari start beli sampai sekarang rasanya dah lebih 20 kali aku tgk..sampai hubby aku pun pening bila aku start pasang cd tu..mesti berhari2..sorry darling..Rain is too sweet to be left of..haha..duhh

Whatever it is..citer ni mmg menyentuh perasaan..ada part sedih..kelakar..romantic...aku rasa siapa yg tgk mesti setuju ngan aku...Citer ni merupakan citer yg paling aku suka dan meninggalkan kesan pada diriku..aja aja fighting!!

Thursday, April 8, 2010

Sehari di Legend Water Chalet

Dear diary..lama betul tak update ye..balik dr cuti hari tu mmg super duper busy..ni pun sbb dapat mc kalau tak may be tak sempat lg ni..
Anyway what to be story about..nama pun cuti..mmg seronok bila jarang-jarang cuti..rasa relax jer kepala ni..yg paling best sbb bilik kami agak tinggi boleh tgk matahari terbenam...rasa kerdil diri ini bila dpt lihat sendiri keagungan yang Maha Esa..















Bilik kat chalet ni mmg selesa..besar..dengan bath tub yg cantik..it's worth it bayar harga bilik yg agak mahal...mmg aku dan keluarga mementingkan keselesaan bilik even kena byr harga yg mahal..if not baik tak yah bercuti..

My little precious yg paling happy..ye la dh lama tak pergi hotel..yg paling dia suka dapat swimming even bukan pandai pun..sepetang melayan dia mandi manda..perut pun apa lagi lapar la..hehe..tp hotel ni tak menyediakan buffet dinner..so kami decide cari makan kat luar aje..bukan apa lebih banyak choices..lagipun PD bukan besar sgt..

Kami singgah di satu restoran ni..ala siam la kononnya..restoran tu agak besar tp kami the only customer masa tu..bagus la jugak..lebih privacy..so kami order la masakan panas..tomyam campur..sup ekor..kailan ikan masin..ikan siakap 3 rasa dan tak lupa telur dadar..favourite si kecik..tapi agak hampa bila masakan tu tak mencapai piawaian kami..semua tawar termasuklah sambal belacan..kelakar..actually masakan dia not bad kalau masin sedikit..anyway sbb perut pun lapar kami bantai jgklah..harga semua tu termasuk jus..cuma RM49.90..murah kan..tp lupa plak apa nama restoran ni..gara2 tak terus update entry..














Anyway..me and family had a great time together..even for a day..my precious sedih sgt..siap tak nak balik.. so my hubby just promise that we'll come again..but next time we all gonna stay at Legend International..siap ada private pool dlm bilik..nice huh..

Wednesday, March 24, 2010

I Need A Vacation

Vacation...sounds niceeee..but time?arrgghh... normally every year we are having family vacations..but this couple of years memang tak sempat..kalau kita free hubby plak tak..my precious dah sibuk tanya bila nk pergi hotel lg..sian dia..sebenarnya we all need some rest..mana la tak bergaduh kalau hari2 kerja..badan penat..kepala berserabut...kalau kt rumah kata nk relax pun nnt ada jer benda nk buat..This year i've decided to go on vacation no matter what....the first vacation plan is that... we are going to have some peace and relax time at Legend Water Chalet, PD..this coming Saturday..hehe..


Hopefully this time it will be as great as ever..


**p/s : cannot imagine to see me lying beside the pool..hehe..

Moving Out

Last week has been the busiest week ever..perhaps the tiring week for me..why? coz we are moving out to new office at Damansara Perdana..packing activities have been done weeks before..tired also...with all the documents, stationeries, personal notes, personal belongings, etc, etc..balik umah terus jelepek kt katil..OMG..rasanya tak nak lg going through the moving part ni..


This week kena unpack asap coz big boss dah warning..this week should start working.. not playing around..mingle here..mingle there..tapi tahu la kalau dah ramai2 nak tak nak mesti menyembang punya la..what to do..(alasan tu hehe..)..so baru nk keje..sistem tak settle lagi..the boringest part - internet belum ada..boring teramat sgt..keje pun tak leh nak buat..so just do whatever I need to do - lepaking & checking documents..hehe..kalau boss tahu ni..silap2 kena memo..





So...here I am..at new place..it is comfortable but not yet suitable..the best way is give us some time..I believe we'll get use somehow..ciaaauu

Friday, March 5, 2010

Tak paham aku....

Tak paham..mmg aku tak paham..nak buat benda baik pun susah jadinya..jgn salah faham..apa yang nak aku story mory kat sini bukan kisah aku tp kisah someone yg related dgn aku.. i mean family related..
Sebagai anak kita sememangnya perlu patuh dgn ibubapa kita..itu yang diarahkan oleh Allah kepada kita..mempunyai ibubapa yang memahami dan menyayangi kita seadanya merupakan satu bonus buat kita..kerana bukan semua ibubapa sanggup bersikap demikian..bukan nak menuduh mereka tidak menyayangi tetapi cara masing-masing adalah berbeza..begitu juga dengan this fellow..let's just call her N..berumur lebih suku abad melayakkan kita untuk membina mahligai bersama org tersayang..dan selalunya family pasti akan susah hati kalau anak dara masih tak kahwin2..tetapi tidak dgn family N..dari sekolah N dikongkong oleh parent dia..may be nk jaga keselamatan anak perempuan mereka..tetapi jika apa2 aktiviti sekolah pun tak diberi involve..bagi aku tak patut..my mom pun pernah tegur her parent sebab setakat nk pergi latihan bola jaring kat sekolah..betul2 depan rumah pun tak bagi..aku ingat bila dia dah habis belajar all those "kongkong" things are coming to an end..rupanya makin worst..pagi semlm N sms aku kata tension sesgt sbb her mother tak izinkan dia kahwin..actually last year her bf dtg merisik..ye la..mereka dah kenal agak lama..kalau tak silap aku lepas sekolah dulu..lebih kurang 9 tahun lepas..tetapi mak dia beri alasan yg N tak de kerja tetap...biarlah dpt kerja dulu..baru boleh kahwin..fortunately beberapa bulan lepas N dapat tawaran guru tetap..dkt hometown plak tu..mmg rezeki dia..so..her bf pikir nak dtg sekali lagi untuk bincang hal mereka..walaupun dah dimalukan sebelum ini...bkn apa selalunya kat my hometown..biasanya pihak lelaki akan dtg merisik bila dah confirm yg family perempuan dah setuju..merisik/meminang tu sebagai adat je la..sambung citer si N ni..bila dah keje tetap N dgn konfidennya mengutarakan perihal nak kahwin kat mak dia..mak dia still tak bagi dia kahwin..alasan terbaik yg mak dia bagi..kerja biar lama sikit..aku sendiri pun tak paham kenapa susah sgt nk lepas anak dia ni..nk kata muda..dah 27 tahun..bukan bf dia nk buat main2..mmg diaorang dah intend to marry..bukan bagus ke kalau dah niat nk bina msjid..semua kaum kerabat tak paham dgn parent si N ni..pas tu stubborn tahap batu bata..tak dgr ckp sesapa..alangkah beruntungnya parent dia sbb si N bukan jenis anak yang membelakangkan ibubapa..kalau tak dah jadi mcm Rita Rudaini..lari kahwin kat siam..
Moral of the story..ibubapa patut memahami keadaan semasa anak2..bila dah cukup matang..mereka patut lepaskan anak mereka..sampai bila mereka nk simpan..nak buat pekasam..sekarang mereka masih mampu jaga..bila dah tua..dah tak berdaya..tak kah mereka pikir yang anak mereka memerlukan seseorang yg sanggup menjaga mereka..bukan boleh menongkah langit..bukan boleh menolak takdir jika sampai ajal..tidakkah mereka pikir masa depan anak mereka..aku selalu berdoa agar aku tak menjadi seperti mereka..tambahan mak aku sendiri tidak pernah memperlakukan anak2nya begitu..walaupun mak tak berpelajaran tinggi seperti parent N tetapi mak lebih memahami dan sporting..
Mesti orang pelik kenapa aku begitu teruja bercerita kisah ini..semuanya kerana kisah yang sama pernah berlaku kepada makcik aku..masa muda semua pinangan ditolak..mula2 sbb dia muda..pas tu nenek merasakan jika makcik aku kahwin tak de siapa yg akan tinggal bersamanya..sekarang nenek telah tiada..makcik pun sudah berumur..siapa la yg sudi menjadikannya suri..not accusing tetapi that's the fact..kalau yg muda berlambak2 naper nak ambik yg tua..makcik tinggal seorang..melayan kucing bagi mengisi kekosongan..nak duduk ngan anak sedara makcik tak selesa..tambah dia punyai rumah sendiri..so pity..aku tak salahkan makcik..tapi jika nenek membuat keputusan yang wajar pada ketika dulu..mungkin hidup makcik bukan begini..aku bukan menolak qada' dan qadar..tetapi kisah ini aku jadikan pengajaran untuk aku..utk semua yg membaca kisah ini..
**Untuk makluman..di saat aku menulis entri ini..N masih lagi tersepit antara cinta dan keluarga

Tuesday, March 2, 2010

Should I or shouldnt I be mad....

Tension..depressed..upset..all this kind of feelings so really into me right now..why????? it's all because my superior said something behind me that definately not reflects the true colour of what really happen..masa discuss he said nothing about it and just agree of what we've been decided..i really do not undestand..he should support me not backstabbing..i'm never say anything whatever mistakes he made..because of courtesy..but it's not very nice to know that my superior is complaining about me to others..tahulah mereka-mereka ini..benda yg tak elok didengar tu la yg paling seronok dibuat gosip..kat sini bukan pompuan je yg behaved like that..yg lelaki lagi teruk..kalau dah berkumpul tu..sesedap mulut jer mengata..i'm not accusing..that's the fact that really happened in front of me..

To whoever he is....i'm just like a little baby..try to learn how to walk..please walk with me..not to letting me off and when i'm fail to do it..you put the blame on me..

Monday, March 1, 2010

Kejam seorang yang bernama manusia

My dear diary..actually banyak entri yang nak aku post kat sini..maklumlah lately sgt-sgt sibuk.. my busiest time of all..sekarang free..so here I am..firstly aku decide untuk memperkatakan tentang kisah yang sgt meruntun hati iaitu kisah penderaan allahyarham adik Syafiah Humairah..these are definately personal opinions of mine..nothing to do with political views or such..nor to humiliate others..kalau sebelum ini aku hanya mengomel sendiri bila ada kisah-kisah penderaan kanak-kanak dipaparkan..tetapi kali ini aku terpanggil untuk meluahkan pendapat aku yang tak berapa pandai ini..manusia jenis apakah yang sanggup memperlakukan seorang kanak-kanak yang masih hijau umurnya seperti barang...disepak..dipijak..masyaallah..manusia seperti ini lebih keji daripada binatang..atas apa alasan pun..perbuatan sebegini tak dapat diterima..terbayang di mata ini wajah si kecil Syafiah..betapa tidak berdayanya dia..


Walaupun lelaki ini merupakan suspek..tetapi bagi aku si ibu tidak boleh boleh lepas tangan begitu sahaja..dia mesti dipertanggungjawab atas apa yang berlaku..sebagai ibu..jika anak digigit nyamuk sekali pun kita mesti perasan inikan pula dicucuh api rokok..benarkah sibuk si ibu sampai tidak menyedari derita yang ditanggung si anak..ataupun disebabkan umur yang masih muda ditambah dengan bebanan hidup..maka dia terlepas pandang..yg bagi aku bukan satu alasan..apapun siapalah kita untuk menghukum..jika benar dia sememangnya tidak mengetahui tentang apa yang terjadi, maka aku doakan semoga Allah memberikan kekuatan kepadanya dalam menghadapi dugaan ini tetapi jika ini hanya lakonan semata-mata demi menutup kesalahan sendiri..Allah akan memberikan hukuman setimpal..kalau tak di dunia.. di akhirat nanti pasti dapat balasannya..waallahualam..


Untuk adik Syafiah Humairah..ku sedekahkan al-fatihah buatmu sayang..penderitaanmu telah berakhir..sesungguhnya Allah menyayangimu..