Thursday, December 29, 2011

Sungguh la hampeh

Baca tajuk pun dah lain macam ekk..tak de menda la..cuma terbaca kat surat khabar statement Menteri Belia Dan Sukan supaya BAM dan Misbun Sidek berbaik demi masa depan sukan negara..wahhh..bila LCW dah kalah tiga kali berturut-turut..baru la ckp selama ni strategi LCW byk Misbun yang corakkan la..bla..bla..bla..mmg la hampeh

Ni ler org panggil dah terhantuk baru nk terngadah..apa la punya b*****g BAM tu..ego sungguh..dah tahu Misbun yang terbaik untuk LCW ngaper la nk jugak suruh Misbun coaching budak2 lain..nampak sgt mcm ada konspirasi nk jatuhkan Misbun..ye ler..kalau LCW menang dapat ganjaran..Misbun pun mesti dpt gak..pegawai2 BAM ni mmg busuk hati kot..

Tak tau macamana diaorg pikir..sampai tak bagi anak Misbun training bawah Misbun la..apa ke besar punya jeles daa..apa la salahnya bagi kredit sikit kt dia sbb berjaya membentuk LCW sebagaimana dia sekarang ni..setakat dia nk minta nk coach anak dia sendiri..besar sgt ke permintaan tu..alasan yg diaorg bagi biasa la..takut dikatakan biased la..apa la..bosan sungguh dgn karenah birokrasi mcm ni kan..

Sekarang sapa yang rugi??? hah? sapa? negara jugak..nk harapkan player lain..harraaammm..tak de maknanya..jadi sekarang ni lepas LCW bersara..kita mmg tak de player lain..jawabnya jangan mimpi la Malaysia nk julang Piala Thomas ke apa ke..setakat masuk nk jadi lauk lupakan jer..

Harap-harap biar la pengurusan BAM sekarang ni letak jawatan dan bagi orang yg lebih rasional plak yg handle..jgn kerana ada konflik peribadi BAM dijadikan medan untuk membalas dendam whatsoever..

Friday, December 16, 2011

Dia Yang Kukenali

Entry kali ni aku tulis dengan hati yg sgt sayu dan terharu..orang yang pernah jadi keluarga..pernah melayan aku dengan baik..hidup dalam kedaifan..akhirnya pergi sebagai gelandangan..sedangkan pada usia muda, beliau merupakan org yang sangat baik..disanjung juga atas khidmatnya sebagai seorang pemain bola sepak Kelantan..dia ialah Rosli Ismail..

Arwah sebenarnya pernah menjadi abang iparku..kerana jodoh arwah dengan kakakku tak panjang maka mereka berpisah cara baik..namun nasib tidak menyebelahi arwah..jalan yang dilalui tak seindah sewaktu arwah gah sebagai pemain bola sepak dulu..

Sungguh besar dugaan hidup arwah..sudahlah..tiada kerja..tiada wang..tiada tempat tinggal...mengidap penyakit asma dan jantung..saudara pun tidak mengendah malah merasakan diri arwah sebagai beban..padahal masa dia berduit merekalah yang sibuk tumpang sekaki..sungguh kurang ajar mereka ini..yang paling menyayat hati aku bila sewaktu akhir usia arwah..beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital tanpa sesiapa pun di sisi..tiada anak-anak..tiada adik beradik..masya allah..sesungguhnya Allah sahaja yang tahu betapa kecewa..sedih hati arwah..

Walaupun begitu Allah memudahkan segala urusan pengkebumian arwah..Allah Maha Adil dan Mengetahui..sebak hati aku..ya Allah..Ya Tuhanku..Kau ampunkan dosa-dosa arwah..semoga arwah tenang di sana..kadangkala terdetik jugak di hatiku..biarlah Allah ambil nyawa arwah sebab tak sanggup nk lihat arwah menanggung sakit..kena pulak tiada tempat berteduh.tiada yang sanggup menjaga arwah..

Apa yang terjadi kepada arwah menjadi peringatan bagiku..mmg sedih..mmg menyentuh hati..untuk mu Abe Lie..aku minta maaf banyak2 atas segala dosaku sepanjang kita berkeluarga..aku tahu aku pernah buat kau terasa hati..tapi sebenarnya aku tak pernah terniat pun.. semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mu...Al Fatihah buatmu..

Sunday, November 20, 2011

From Kuching With Love

Last entry aku ada bgtau yg aku kena pergi kursus kt Kuching..walaupun sebenarnya aku takde la excited sgt dpt pergi Kuching coz dah biasa pergi..tapi sbb diarahkan pergi la jugak..sedih nk tinggal my little pumpkin tu..

Kt sana aku stay kt hostel jabatan ..dalam hati bagi la tinggal kt hotel ke baru syokk..tgk2 hostel tu pun not bad la..cam hotel 3 bintang..semua ada kecuali tv..tv disediakan kt lobby jer..nasib baik bwk movie..at least tak de mati kutu sgt..yg penting broadband pun bwk..bleh chat ngan anakanda..

Hari pertama kuar jenjalan kawan bawak..pergi makan kt Top Sport..ala..kedai seafood tu ler..boleh la..tp sebab lapar dari tengahari tak makan semua licin..hehe

Sepanjang minggu kt sini tak de la byk aktiviti yg aku buat..jalan-jalan kt Waterfront..Pasar batu 7..aku pun tak de byk sgt beli barang..cuma beli kek lapis & ikan terubuk masin untuk family & kawan2..

Yang aku perasan keadaan negeri ni mmg lain dari dulu..sekrg byk kedai makan mcm di Semenanjung..siap ada kedai mamak lagi..kalau dulu nk makan kt luar pun susah..risau takut bukan islam..muka depa tu sama jer..paling2 pun mkn fastfood..sekrg ada ayam penyet..mcm2 lagi la..so in case kalau rasa nk cari duit lebih boleh mintak tukar kt Kuching...survive la kiranya..hehe..tapi bukan aku hokkay...

Jalan-jalan tempat orang memang seronok..lagi seronok kalau kita berjalan ngan family..ada rezeki boleh la bwk family pergi holiday..

Kt bawah ni ada beberapa gambar..layan jer ler..zassss











Wednesday, November 9, 2011

Tak Balik Pun

Dear diary..ni sebenarnya salah satu entry tertunggak yg aku kumpul sebab tak dan nk post..at least ada 4-5 entry yg dah draft tapi tak post..takpe..kita post satu satu ok..hehe

Raya haji ni aku tak balik..TAK BALIK..diulang sekali lagi TAK BALIK..hmm..ni kiranya second time aku tak balik..first time dulu nangis bagai nk rak..kali ni aku cam dah cool sikit..ye la.. anak dah besar..dah ok sikit..dgn konfiden aku book nk korban kt surau area rumah aku..


Makin dekat rasa makin sayu..kena plak kawan-kawan dok post nk balik kampung..aduhai..ada yg noti siap gelakkan aku plak..wahh.ni sudah lebih..aku dgn semangat siap booking laksam nk buat makan pagi raya..siap beratur panjang kt pasar nk beli santan..nak buat laksam la konon..tp sehari sebelum raya makcik kedai tu ckp laksam tak de..huh..booking laksa plak..baru nk gi ambik makcik kedai ckp dia terjual laksa yg aku book...waaaaaaaaaa!!!!sampai hati makcik..makcik tau tak saya dah la tak balik kampung..naper makcik??????kejam...Mr Hubby dah gelak sakan kt aku..hangin betul la..

Pagi raya..bangun pagi2..keluarkan ayam dan ikan..masak nasi..gulai ayam..masak ikan sambal..buat acar mentah dan sambal belacan..oppss lupa..plus butter cake jenama makcik..hati sayu tapi apa boleh buat...kejut family ..semua siap..lepas makan..nganga..tak tau nk buat apa..last2 Mr Hubby ajak pergi midvalley..hmmmmm..yg best lg..dah la pergi mall..siap tgk wayang citer Alamak Toyol..melampau sungguh

Rasanya cam lepas ni tak nak lg raya kt sini..nk balik kampung..korang mesti tertanya naper sebenarnya aku tak balik..citernya cuti dah tak banyak...lepas raya aku kena pergi kursus kt Kuching seminggu..lepas tu plak cuti sekolah..so mr hubby kata nk balik cuti raya ke cuti sekolah..so kita decide balik cuti sekolah..

Dan cuti aku tinggal 2 hari selepas tolak semua cuti yg bakal diambil..huhu



** Lupa nk ucap selamat hari raya korban u olls..

Tuesday, November 1, 2011

Happy Birthday Sayangku!



Hari ini adalah hari lahir anakku DANISH HAIKAL RIDZUAN..sudah berumur 7 tahun..sudah besar anak mama..walaupun sentiasa bersama tapi mama selalu lupa yang Haikal semakin membesar..


Sayang mama..di sini mama tuliskan satu coretan untuk Haikal..andai Haikal besar nnt..mungkin Haikal boleh bacakan dan faham apa yang tersirat di dalam hati mama..


Kadangkala Haikal boleh jadi anak yang baik sekali..kadangkala boleh jadi yang paling nakal sekali..kata orang jika ibu menitiskan air mata kerana si anak..maka berdosalah anak itu..sbb itulah mama sehabis upaya tak nak menangis walaupun kadangkala mama terasa hati dengan perbuatan Haikal..mama tahu Haikal masih kecil..


Tetapi Mama bangga ramai yang puji Haikal pandai bergaul dgn kawan2..malah ibu kawan-kawan Haikal pun selalu ckp Haikal ni hormat kat diaorg dan selalu menegur mereka..



Mama tahu Haikal mmg baik hati dan selalu tolong kawan..dan sikap Haikal yang paling mama suka ialah suka memaafkan orang lain..mama harap Haikal kekalkan sikap yang baik yang ada dalam diri Haikal sampai bila2 ok..



Sayang..mama doakan Haikal menjadi anak yang baik dan soleh..semoga Haikal dirahmati dan dilindungi Allah sentiasa. Tiada yang mampu mama berikan kepada Haikal..cuma kasih sayang yang terlalu besar buat anak mama yang seorang ni..



Selamat Ulang Tahun Sayangku..Mama sayangkan Haikal sampai bila-bila pun..







Wednesday, October 5, 2011

Jiwa Lara

Sekian lama menyepi..here I am..



datang bersama hati yang tidak keruan..



jiwa yang kacau..



it's all because so many things to be done yet nothing is settled..



actually byk yang nk dibebelkan di sini tapi asyik tertangguh jer..



last2..idea hilang cam tu jer..



apa yg jelas kat sini..byk sungguh dugaan yang diterima..



mungkin sebagai peringatan agar aku tidak leka dgn apa yg ada..



mungkin supaya aku sedar langit tidak selalunya cerah..



kadangkala dugaan inilah yang boleh membuatkan kita lebih kuat dan matang.

Sunday, September 25, 2011

Good old friends..SERENZA 89 REUNION



After such a long long break..come again..hehe..


well just want to share beautiful moment with old friends..


schoolmate..from primary school..


after 22 years..here we are..


sharing..laughing..chatting..but yet still miss our school times..



Sunday, September 18, 2011

Syawal Bersama Air Mata

Di kala semua orang tengah bergumbira..aku berair mata..di kala penat pulang dari kampung belum hilang..aku dah bersiap balik..ni gara-gara mak aku sakit..sebelum raya pun dia dah sakit tapi dah pulih..baru 2 3 hari balik..dpt panggilan telefon dari kakak..katanya mak aku tidak sedarkan diri..hati mana yg tak pilu..kebetulan pulak di pejabat pun ada kerja penting..sampai apa pun yang boss ckp aku diam jer..mengiyakan tidak.. menidakkan pun tidak..cam tak de perasaan..then baru aku explain kat dia..alhmadulillah dia faham dan benarkan aku cuti lagi..


4 hari kat kampung..dok melayan bonda yang sakit..alhamdulillah.. Allah permudahkan urusanku..semua kerja pejabat aku bawa balik..aku sempat siapkan walaupun terpaksa berjaga sampai pukul 3 pagi..syukur..Allah bagi aku kekuatan menghadapi saat-saat sukar ini.


Aku juga bersyukur dikurniakan keluarga yang sentiasa bersama-sama di kala suka dan duka. Walau kadang kala ada yg bercanggah pendapat..tapi kami tetap bersatu..juga mempunyai sahabat..rakan sekerja yang sentiasa memberi semangat dan sokongan..twrima kasih semua..

Thursday, September 1, 2011

Eid 1432 H

Selamat Hari Raya untuk semua yang mengenali diri ini..dan ampun maaf dipinta atas kegala kesalahan dan kekhilafan. Sebagai manusia biasa aku tak lari dari membuat kesilapan..tak kira sengaja atau tidak sengaja. Semoga Syawal kali ini memberi seribu makna untuk semua.



Tuesday, August 16, 2011

Iklan terbaekkkk tuuu...

DULU

Nyonya Mansur: Siapa itu Kassim Selamat? Majistret? Lawyer?

Anak: Ahli muzik

Nyonya Mansur: Ahli muzik? Pantang keturunan aku ahli muzik..


SEKARANG (merujuk kpd iklan di Sinar FM)

Anak: Mak, saya nak Ramli

Mak: Ramli? Sapa Ramli? Majistret? Lawyer?

Anak: Tukang masak mak

Mak: Tukang masak? Mak pantang yang tak kaya..


Hehe..apa yg beza..ayatnya jer kan..sebenarnya maksud yg sama cuma yg sekarang tu mmg straight forward..hari-hari aku dgr iklan ni kt radio..nk tergelak pun ada..

Umur boleh diteka walau tidak dinyatakan..dgr sinar FM..what would you think? Stesen muzik retro terbaik..i follow..hmmmm..

Friday, August 12, 2011

Percaya Padaku




Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdetak tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

[*]
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

[**]
Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku ‘tuk selalu menatimu
Untuk katakan ku ingin dirimu

Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku

Back to [*][**]

Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu




*p/s I do love this song very much!!

Mode: In love...meowwww....

Wednesday, August 3, 2011

Dah Tak Ada jodoh

Hari baik bulan baik ni patut kita bercakap @ bercerita benda-benda baik jer..tapi still tak boleh lari dari citer hot sekarang nih..tu ler kes hero favourite aku Encik Apek aka Khairul Fahmi Che Mat putus tunang..dari surat khabar..blogger kecil-kecilan..social page..semuanya citer psl tu..



Kesian kan?..kt sapa nk dikesiankan nih?..Apek? Elia @ Jejariruncing? sebenarnya aku kesian kt semua yang terlibat..nk salahkan sapa ekk?



Dari semua info yang aku baca..ada yang salahkan Apek..kononnya lupa diri..curang..main kayu 3,4..ada juga yang salahkan elia..overacting sgt..nk tumpang populariti tunang..senangkan org luar bagi pendapat..siap tuduh menuduh lg..siap fitnah lg..tak fikir ke yg terjadi itu bukan kehendak mereka..kadang-kadang bila ku baca komen2 entry yang dipost oleh sesetengah blog tu..adoii..cukup pedas..sinis..



Pandangan aku yang tak seberapa ni la kan..kita outsiders tak payah la nk berlebih-lebihan sgt..kita tak tahu apa yang sebenarnya terjadi antara mereka..hanya Allah dan mereka saja yg tahu hokkay..



Dulu..aku pernah baca blog http://jejariruncing.blogspot.com aka Elia ni..kiranya agak menyampah jugak ler..mcm bangga sesangat jadi aweks KFCM.. bila timbul kes gini..aku baca balik blog dia..still menyampah (jealous pun ada..erkk)..tapi bila aku baca entry dia dari awal..then aku perasan actually dia just being honest..pendapat aku la..she just happy with her own life and her good looking BF..ishh..jeles aku (udah la tuuu..oii)..just sharing her good times..tp org lain tgk mcm tak boleh blahh..definately jealousy..then aku rasa aku suka her self confident..kalau aku..mesti rasa tak layak nk dpt bf hensem..chinese look lg..OMG..mmg overr betul la..hehe



Aku tak ler masuk belah mana pun..tak effect pun kt aku walau pun aku mmg minat gilers kt si Apek ni..may be dua-dua salah..tp naper senang sgt nk putus..mcm tak sayang langsung..tak kan tak de benda yang boleh di'consider' supaya tak putus..ye la..sepanjang 2 tahun bersama..ramai yang kata Elia ni over sgt dok citer psl Apek dalam blog dia..bila baca blog tu..mcm apa yang dipostkan semua Apek tahu..dah Apek sendiri ngaku yg dia tahu..so tak timbul isu psl overreact atau over expose psl Apek kan..



Bagi yg jealous tu..suka la..org tu putus..tak baik tau..aku doakan dua-duanya sabar menghadapi dugaan ini..




To Elia: good luck - i love your entry about " 10 things i hate about u" - my favourite movie


Dont ever bother about what other people think and say..u know who u are









To Apek : be good..play good..be the best keeper.. i love you..r guts..hehe..no more bad stories hokkay..





p/s: mmg hensem siottt mamat nih..haisshhh..astarghfirullahhalazim...bula pose ni..

Ramadhan 2011



Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat..semoga ramadhan kali ini memberikan seribu makna dan rahmat. Amin..

Terima kasih kuucapkan kepadaMu Ya Allah kerana masih memberi kesempatan kepada aku untuk bertemu dengan bulan rahmat'Ramadhan'..aku sgt bersyukur dan berharap semoga aku dapat beribadat sebaik mungkin kerana tahun akan datang belum tentu lagi..


Ya Allah berikan keberkatanMu dan keredhaanMu..

Tuesday, July 19, 2011

Sajer..sajer..

Hari ni tak de kebenda nk diciterkan sgt..just nk tepek gambar-gambar sosial aku dan family during besday termasuk makanan yg aku makan sepanjang 2 hari berjimba tu..so tgk jer la..



Durian ttteeeerrrrr




Buttered prawn



Anak kesayangan mama



Enjoying myself with my little pumpkin




Next entry rasa cam nk tepek gambar makanan plak..amacam ok..biar terliur..hehe






















Saturday, July 16, 2011

16 Julai....

Today...my bornday...macam tahun-tahun yang lepas..aku terima byk ucapan selamat dari kaum keluarga..sahabat handai..officemate..kwn-kwn FB...a million thanks to you all..syukur sgt di saat dan ketika ini masih diberi peluang bernafas..sbb kita tak tahu pada tahun akan datang adakah lagi peluang mengecapi saat -saat begini..alhamdulillah..

Semua org tanya dapat apa tahun ni..camna nk ckp ekk..kiranya aku dpt ipad jerr..pastu Mr Hubby nk belikan gelang tapi aku tak nak..cukup la dgn apa yg ada..sejak aku hilang gelang dan rantai kahwin hari tu..dah trauma rasanya nk menyimpan brg kemas ni..tahun ni aku cuma nk sambut dgn pergi jalan-jalan..makan-makan..just want to enjoy myself..


Early in the morning..Mr Hubby bangun terus wish..aku tanya naper tak wish semlm..dia kata aku yg tidur awal..errkk..ye ke..hehe..penat sgt la tu..pas tu Haikal bagi aku kad yg dia buat..so sweet to have such a child who is very sensitive like him..aktiviti pertama..lepas ambik Haikal dari smart reader terus pergi makan McD..jalan-jalan..tetiba teringat ada kawan ckp..FAMA ada buka gerai kt sebelah plaza perangsang..so kitaorg apalagi..pergi belasah durian kt situ..D24 3 biji RM20 jer..murah kan..sedap plak tu..haisshhh..habis diet aku..


Ingat nk pergi shopping plak..Mr Hubby ckp nk tgk Liverpool plak..ishhh..kalau tak kerana besday aku konfirm dia dh gi stadium dah..sib baik tahu..tak pe la..so mlm planning nk gi makan..steak..kt Ayers Rock Bukit Jelutong..permulaan dah ok..tetiba Mr Hubby tak nak makan plak..x best katanya..hanginnyer rasa..lepas belasah sirloin steak..aku balik ngan tak puas hati..


Balik terus call mak aku..bagitau hari ni besday aku..mak aku sejak kena stroke byk benda yg dia tak ingat..dan hadiah paling berharga bila mak aku ucap selamat hari jadi kt aku..malam tu aku tido ngan berlinang air mata..biasa la..sensitip lebih..esoknya mcm biasa..lepak kt rumah..Mr Hubby ajak kuar..ganti semua aktiviti yg tak jadi semlm..hehe..so berjalan ler aku ke Bukit Tinggi..balik..gi lagi kt gerai FAMA tu..belasah lagi durian..tak henggat dah ke diet aku...


Malam..Mr Hubby belanja kt Serai Thai Restoran..mmg marvelous..especially buttered prawn dia..huh..berpinau mata..hehe..nk cover yg malam semlm la tu..


Anyway aku sekali lagi nk ucap berbanyak terima kasih kt semua yg wish kt aku..tak kira melalui sms..calling..FB..email..walaupun cuma ucapan biasa tp that really means a lot to me..a BIG THANKS..juga terima kasih kepada suami tersayang yang sedaya upaya melayan kerenah aku ni..i know you've try your best even though you are not romantic kind of person..thank you kpd my little pumpkin yg nyanyikan lagu besday..sumbang mambang pun tak pe..nagi mama itulah lagu paling best abad ini..



I LOVE YOU ALL!!








Saturday, July 9, 2011

Separuh Jiwaku Pergi

Separuh jiwaku pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka

Benar ku mencintaimu
Tapi bukan begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu

Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua


Lately kerap benar terdengar lagu ni kt radio...bila betul2 dengar..sayu rasanya..tak kira lelaki baik perempuan bila telah terluka mmg hancur luluh rasanya..mmg senang melukakan hati orang tapi untuk orang yang dilukai sangat pahit..apatah lagi yang melukai itu adalah seorang yang kita sayangi..yang paling penting dalam hidup kita..

Mengapa perlu melukai sedang boleh membahagiakan..perlukah mencurangi pasangan untuk mencari sesuatu yg diri sendiri pun tak pasti..jika ditanya mengapa cari yang lain.semestinya tiada jawapan..sebab mencari yang lain hanya nafsu..disokong oleh alasan bagi menutup segala kesalahan diri

Kebahagiaan yang macamana yg dikau cari sedangkan dimana-mana sahaja khilaf tu sentiasa ada..setialah bersama orang tersayang dan kebahagiaan akan datang sendiri..

Wednesday, June 29, 2011

Yuhuuuu!!!

Finally i got back my netbook..yuhuuuu!!..tapi....yg tak bestnya..dia reformat balik dan semua fail tak boleh di'retrieve'..huh..so mcm beli baru..terpaksa la aku pi cari semua software nk download..yg paling x suka bila antivirus pun x de..pikir punya pikir.last2 aku hantar balik kt kedai aku beli dulu..nasib baik dia ok dan tolong aku install semua basic software as before..dan yang penting install micrsoft office dan antivirus...dan yang penting no charge..hokkey...hikhik..jimat duit aku


Baru lega hati den nih.. tgk icon tu..ternganga..suka bebenor..cam tu la perasaan aku ..kalau tak otak berserabut pikir..ye la baru beli..x sampai setahun..x lunyai pun sbb setakat nk bukak facebook ke nk surf benda2 biasa tu aku pakai ipad jer..tapi incase nk guna untuk buat kerja ke nk download mmg kena pakai laptop...so kalau jahanam mmg la pening kepala..lepas ni budak2 jgn nk main netbook beta yer...





So lastly terimalah senyuman paling manis untuk anda semua..meowwww..hikhik


Sunday, June 26, 2011

Tangguh lagi....

Dear diary..just nk share yg my netbook telah rosak..huhu..ini penangan anakanda dan anak buah dok main apa ntah sampai rosak hard drive..adoii..nasib baik masih dalam warranty..kalau tak masak la aku nk baiki..kalau dah baiki tu tentunya ambik masa seminggu dua..so byk entry yang dah ditulis tapi belum di'post' sebab entry tu nk dimasukkan gambar..


Anyway..lama tak tgk lagi rindu ye dak..so rindu2lah dulu kat i ni..nnt lg seminggu dua boleh la update balik..ye la citer holiday hari tu pun tak post lg..dan aku nk post byk gmbr2 ceria kt Singapore..hokkeh..

Do miss me y'allz...

Wednesday, June 15, 2011

Happy Yeppy Time In Singapore

Dear diary..inilah entry yg tertangguh tu..tulis dah lama ..nk pos jer asyik tak sempat..hehe..kali ni just nk share my hepi yeppy time kt Singapore last 2 weeks during school holidays..mmg happening sbb masa aku pergi hari tu baru start Singapore Great Sale 2011..so u know what happened right..pergi dgn purse yg agak kembung..balik tinggal beberapa dollar jer..hehe

Tapi mmg best sebab aku stay kt hotel yg betul2 kt tgh city..nama hotel tu Mandarin Orchard..di sekeliling hotel tu semua shopping complex yg hebat cam Paragon..Takashimiya..byk lg..some people may think rugi jer duduk hotel yg mahal sbb byk masa kita duk berjalan jer..tp lain plak bagi aku..aku dan family sgt mementingkan keselesaan..ye la..nama pun bercuti..kalau dok hotel cikai..baik x pyh..dok umah lg best..of course kena cari yg easy access dan yg penting semua around walking distance jer as we got no transport..

Aku stay 4 hari..byk gak tempat aku ronda..of course USS is the compulsory place we tend to go..dan Zoo Singapore sbb anak aku nk sgt tgk binatang..last time aku bawak dia masa umur dia 6 bulan kt Famosa Resort Melaka..hehe..


First day sampai..kitaorg lepak kt bilik jer..penat..mlm baru berjalan..cari makan..kt city ni susah jgk nk cari makanan halal..kecuali fast food..lepas dinner kt Burger King..kitaorg pergi Paragon..Mr Hubby sibuk nk cari butik Evisu..aku biar jer la dia ngan dunia dia..masa dia sibuk bershopping aku lari gi butik coach..ada sale..tp dah x byk barang yg best..aku sempat beli wrislet dgn harga 70 dollar..murah kan..happy sgt..aku saja x nak beli handbag sbb aku baru beli..2 plak tu..kopak ler kalau beli lg..Mr Hubby pun happy sesgt dpt beli seluar evisu..kalau kt sini..seluar tu ada kt butik Bread & Butter jer..dan rega pun ribu riban..dia dpt beli seluar tu dalm rm600++ jer..mmg berbaloi..dan aku dgn baik hatinyer willingly offer dia sepasang kasut evisu yg rega dia lg mahal dari seluar tu..utk besday present in advance..suke la dia..dari hari tu dok ckp psl kasut evisu sbb tgk Zizan Raja Lawak pakai..anything for u darling..


Second day..pergi Universal Studio Singapore..mmg best..cuma aku x berapa larat nk berjalan..panas..tp sgt happening..ada jugak 2-3 tempat kt situ yg aku x masuk..mcm Jurrasic Park..Water World..yg penting..x naik roller coaster..anak aku bising ajak naik..mintak maap ye..x de nyer ler aku ngan Mr Hubby akan sekali kali naik benda alah tu..gayat tuuuuuu..dan sessi bergambar mcm x henggat..yg paling tak tahan masa ambik gmbr ngan karakter Betty Boo..ngan aku..biasa2 jer..bila ngan Mr hubby..wah gedik giler minah tu..chess..before kuar..aku beli la sikit souvenier utk kaum kerabat..anak2 buah..nk beli utk kengkawan cam mahal sgt..mostly 10 dollar..tak kan nk beli utk sorang dua..mesti nk kena beli utk semua kan..kalau tak kecik hati plak..


Tgklah si betty boo yg gediks tu...anyway mmg suka dan puas hati sgt pergi..may be ada rezeki tahun depan boleh pergi lagi..ye tak Mr Hubby..hehe


So next day kitaorg pergi Zoo Singapore..tp sbb byk gmbr nk letak so aku rasa itu kita citer dlm next enrty jer la.ok babeh..


Cau cin cau..

Thursday, May 26, 2011

Holiday

School holiday just around the corner..ini bermakna holiday untuk parents jugak la..hehe..ye la nk bwk anak pergi jalan-jalan..tak kira la jauh ke dekat..yg penting anak enjoy..mak nye sekali..hehe

Tapi bagi surirumah ..masa ni kena ada tahap kesabaran paling maksimum..ye la..kena plak yg anak ramai..masa ni la..yg menjerit..yg bergaduh semua cukup lengkap untuk memeningkan kepala ibu yang telah sedia pening..makan2 pun kena sedia lebih..dok rumah tak de benda nk buat..apa lagi..makan jer la jwbnya..

Untuk aku..cam biasa la..niat tu nk balik kampung..tp disebabkan aku mmg dah plan nk berjalan2 dulu..may be balik kg lewat sikit la..tp balik mesti balik..anak aku pun dah bising takut x jadi balik..

Dulu kalau setakat nk balik kampung..x kira masa..sesuka hati jer..biasanya balik awal sebelum cuti sekolah..tak nak berebut2 ngan orang..tapi bila anak dah sekolah..terpaksa la..kitaorg mana boleh tak balik..lg pun sementara orang tua masih ada..ni la masa untuk kita melayan mereka..kalau dah tak de..tak tau la balik ke tidak lg kt kampung..


Meatball IKEA tak halal?

Dear diary..missing me already?? hmmm..no worries..i'm still here..entry kali ni just nk share psl "ketidaksensitifan" puak2 k***r ni terhadap umat Islam...sgt menyakitkan hati..mengikut berita dr kengkawan yg post kt FB..rupanya meatball yg tersohor tu ada daging b**i..memang siot..kesian kt mereka-mereka yg dah termakan benda tu yang dikatakan halal sebelum oleh pengurus IKEA yg kalau tak silap MELAYU..ISLAM..yg kesian tu termasuklah aku..huhu..

Kalau sebelum ni aku mmg tak suka makan kt tempat2 mcm tu..tp bila ada kengkawan yg ajak..aku pun follow jer la..tp biasa aku mkn benda lain..tp hari tu nk dijadikan citer..balik kursus tak tau nk makan kt maner..so 2 cha ya nun aliff yg juga merangkap off mate..ajak makan kt situ..aku ngan sorang lg tu pun ikut ler..so terjadilah peristiwa termkn benda wek wek tu..haisshh geramnya aku..loya pun ye jugak..

Pas tu terdengar khabar yg kek secret recipe tu pun tak halal jugak..masya Allah..tapi aku baca berita pengurus Secret Recipe menafikan khabar tersebut..waallahualam..tp bg aku selagi tak betul2 konfem halal..tak nak aku makan..

Lihatlah betapa jahatnya diaorg yang nak merosakkan akidah kita orang Islam..dengan pelbagai cara..tak dapat secara keras..secara halus..tgk saja artis barat yg x senonoh tu..kita pun sama naik meloncat2 dengar lagu..kadang2 ada lirik yang mcm memuja tuhan mereka..kita pn main ikut jer la..astarghfirullah hal azim..


Melihatkan apa yg sedang berlaku sekarang ni..aku insaf..dan mohon kepada Allah supaya ditunjukkan jalan yang lurus dan benar..


Wednesday, April 20, 2011

Am i?

Related to last entry..it happens on last friday..akhirnya aku dpt chance nk pulang paku buah keras..akibat dari menegur aku dgn x agak2..aku secara spontan..sound org tua tu..dpn ramai2 plak tu..wahh...cam hebat kan..tp bkn itu yg aku rasa..apa yg aku rasa ialah penyesalan..regret..betul ke aku ni..?? Betul la..then aku sedar aku bukan dia..yg senang2 mengeluarkan kata2 sesedap mulut jer..tanpa rasa bersalah..aku? Aku bukan baik sgt pun tp aku x rasa happy..x rasa bangga dpt menjawab ngan dia..bkn sebab aku takut dia ambil tindakan tp sbb aku x pernah layan org tua..boss plak tu mcm gitu..even dgn driver pun aku respect..

Harap lepas ni aku x lg terpaksa berkelakuan seperti itu..aku tak nak..sbb mostly yg dok bising2 kt boss cuma kt belakang tp aku x nak..kalau x puas hati baik aku ckp..mmg pedih tp mana ko nak..depan baik belakang mcm gampang atau yg ckp ihklas depan2..buruk ke baik..

Kepada mu boss..jgn sesekali menyakiti hati org lain walau pun dikatakan secara tidak sengaja..apa pun yg keluar dr mulut kita..kita mesti bertanggungjawab..Aku doakan ko berubah jgn sampai semua benci ko dan doakan benda2 yg x baik untuk ko..aku tahu kuasa kt tangan ko tp bkn bermakna ko boleh menyalahgunakan semua tu..kt office ko mmg boss tp kt luar ko x de sapa2..you are nothing..

Wednesday, April 13, 2011

Get Offended

Astaghfirullahalazim...istighfar dulu byk2 sebelum aku meneruskan entry kali ni sbb mmg aku tgh bengang sgt2...Ya Allah..Kau ampunkan dosa-dosaku ya Allah..

Tak pernah lagi aku jumpa boss yg amat tak bertimbang rasa dan cakap mcm orang bodoh..hari ni one of colleague ajak temankan dia buat kerja luar..disebabkan tempat yang dia nk cari tu kt area Shah Alam so dia ajak la aku..aku pun mmg ada intention nk pergi Shah Alam waktu lunch nnt..dia pun minta kebenaran dari boss..dia boleh ckp x pyh keluar la..bkn besar sgt pun kes ni..ok..fine..pas tu dia tanya nk keluar ngan sapa..my colleague ckp nk keluar ngan aku..dia ckp 'kalau dgn dia x pyh la..nnt lepas ni nk pergi klinik la..apa la'...masya Allah...rupanya dia dok bangkit isu aku selalu pergi klinik..ingat org pergi klinik suka2 jer ke..ada jugak manusia bodoh mcm ni (sorry..aku dah x boleh tahan dah ni..)..kerap pun x de la tiap2 minggu..kdg2 anak x sihat..

Naper nk ungkit benda yang JELAS dibenarkan..dgn syarat ada time slip atau cuti sakit..sapa dia yg nk menidakkan peraturan jabatan..mmg bangang sungguh..aku nk tolong kawan..kalau aku nk pergi Shah Alam..bkn ada masalah pun..lunch pun aku bleh pergi..tapi naper nk ckp cam tu..kt orang lain plak..dia x de otak ke nk pikir apa yg dia ckp tu boleh menimbulkan bad impression org lain kt aku.. Pas tu dia boleh ckp kt kawan aku tu..' kalau u nk keluar psl personal tak pe..aku boleh bagi'..dia ingat org nk keluar untuk suka2 jer..mmg giler..suruh buat keje tp x percayakan staff..mmg la ada masa nk keluar untuk hal personal..tp mmg dibenarkan pun..2 jam setiap bulan..ada masalah ke..

Demi Allah..aku tak pernah bengang dgn orang atasan sebelum ni..bkn mcm ni..aku dh keje 9 tahun tapi aku tak pernah kerja dgn manusia angkuh yang rasa diri dia jer betul dan ikhlas sedang pada masa sama boleh plak dia sendiri keluar pergi hal personal cam htr servis kereta..integriti la sgt..

Aku tahu mendoakan benda buruk kt org lain x baik..tapi aku nk mohon kepada Allah supaya ditunjukkan dia kalau lah dia sakit ke..anak dia sakit ke..apa dia nak buat..duduk ofis mcm x de benda yg berlaku ke atau dia pun akan jadi mcm aku..

Sebenarnya ini bukan kali pertama dia bising org pergi klinik..hari tu ada staff admin..arwah ayah dia kena kanser..dia plak anak tunggal..so dia mmg selalu kena htr ayah dia ke hospital..bila dia tgk jer org tu selalu ada time slip ..dia boleh ckp suruh pergi htr jer..pas tu petang baru ambik..cerdik tak..ayah kawan tu nk jalan dah x boleh..kena sorong ngan kerusi roda..betapa dia x bertimbang rasa..kalau la dia kat tempat arwah tu..suka ke dia kalau anak dia tinggal jer dia kat kerusi roda tu..pas tu pandai2 ko ler..

Aku tahu aku mmg bukan baik sgt pun tp sekurang2 aku masih ada hati perut..masih ada timbang rasa bukan main sergah ikut suka jer..dia konon2nya mcm alim sgt..tp dia x tahu ke..kata2 dia tu yang menyakitkan hati orang lain..boleh menimbulkan prasangka buruk orang lain..dia x tahu ke..lebih baik diam dari kata2 tu menimbulkan dosa..aku rasa orang mcm ni kalau x kena kt diri sendiri x kan pikir keadaan orang lain.

Aku mohon maaf kalau entry kali ni mmg kasar..aku ni manusia biasa yang x lari dari mempunyai perasaan marah..kecewa..rosak blog aku kerna dia..jgn ingat ko tu boss ko x de dosa ngan org lain...

Saturday, March 26, 2011

Muhasabah Diri

Dear diary..hari ni aku rasa down sgt..sebab?? Too personal..but I really need some space on my own..walau apa pun sebabnya aku tak pernah salahkan sesapa...org yg patut aku salahkan ialah diri aku sendiri..sebab apa yg berlaku ada sebabnya..everything happens for a reason..

Ya Allah Ya Tuhanku...ampunkan dosa2ku..berilah aku ketenangan..sbb sebagai manusia yg lemah aku x pernah lari daripada melakukan kesilapan..siapa yang tak mahukan kebahagiaan..tp kebahagiaan sebenar mmg sukar dicari..kalau diberikan peluang aku nk ubah semua sifat2 buruk aku dan berdiri di jalanNya..

Kebahagiaan yang aku cari ialah bahagia bersama keluarga aku dan sama2 mencari keredhaanNya..tapi itu yang paling sukar..to be happy there's a price to pay..itu yg selalu aku ucapkan kerana itulah yg sebenarnya aku rasa..

Monday, March 21, 2011

Sesedap mulut ko......

Entry kali ni mmg straight forward ku tujukan kepada seorang manusia yg ego..bongkak..sombong..sebenarnya x ler berniat nk kutuk..tp bila ko mulakan dulu biar aku akhirinya..

En hayun...mmg sesedap mulut ko jer nk ckp org yg tidak boleh ditegur dan merasakan diri sentiasa betul..Cuba ko perati betul2..yg ko ckp tu sebenarnya me'refer' kepada diri ko sendiri..mana taknya..sekejap ckp nk kawan..asal ada yg rasa x kena..terus x nk kawan..pas tu tukar fikiran ckp nk kwn balik..pas tu x nak plak..agaknya ko dah mereng..apa ko ingat aku hadap sgt ke nk kwn ngan ko???? Bkn nk hina ke apa ke..apa baiknya aku masa berkawan ngan ko..TAKDE..kosong..yilekkk..nehi..masa aku berkawan ngan ko..aku hilang kawan..keluarga marah kt aku..Dan aku nyaris2 kehilangan segala2nya kerana ko..

Mentang2 ko dah agar senang sekarang berlagak kan main lagi..ni ler susahnya manusia yg cepat lupa diri..nk gak ko ingat rezeki semua dari Allah..lupakah ko masa ko tiada apa2 dulu..rasanya keluarga pun pandang sebelah mata..itu pun kalau nk ingat..

Setakat ini dululah ye..kalau ko baca..aku hrp ko jgn lg ingat aku ni nk sesangat berkawan ngan ko..x de maknanya..x yah ler perasan sgt..pas tu jgn pikir org lain jer salah mcm ler ko tu perfect..Ada jer org x kena.. Cam gampang..Dan pesanan dari penaja..mulut ko tu jaga sikit..Dan pikir benda yg kuar dari mulut ko byk yg menyakitkan hati org lain..mulut cam longkang..

Pergi la jauh2 agar x de lagi org yg meroyan mengganggu hidup aku..I got so many problems on my own and I don't need another one..especially from you..go away and don't ever think to come back because I don't need you as a friend..not now..not tomorrow..never

Tuesday, March 8, 2011

Citer Haru Biru

Dear diary..posting kali x de mende lain selain citer haru biru yg aku lalui sepanjang minggu..cer citer..cer citer..hehe..

Citer 1

Nk gi kuar mkn ngan off mate Puan Liza..so aku dgn lenggang lenggok turun ke tempat parking..kuar2 jer lif nampak Liza dah menunggu..disebabkan kegedikan yang melampau so aku dengan spontan terus menggedik diriku dgn menggoyang2 kan badan ala-ala Beyonce gitu..hehe..tp Liza nmpk lain pastu terus ke kereta..aku pun pelik gak..biasa kami akan terus menggedik sesama sendiri..baru melangkah 2-3 tapak terpandang ada satu makhluk tgh ralit menengok aku..ciss..pak guard..aku sambil buat muka poyo terus berlalu (mengerling tgk muka pak guard tu senyum kambing)..jumpa Liza dia terus tanya, "akak buat cam tu tadi x nampak ke pak guard ada.." aku tarik tangan dia dan terus masuk keta..patut la Liza x bagi feed back rupanya pak guard tu mmg ada kt situ..aku yg x nampak..hampeh..hari tu aku telah membuat show free utk pak guard..agaknya satu hari dia tersengih teringat gaya aku yg agak2 terlampau...hahahaha..si Liza gelak sakan kat aku

Citer 2

Baru jer terjadi tadi..kt Seven Eleven..masuk2 jer ternampak 2 makhluk ni..rambut blonde..gaya mantopp..seluar skinni..ckp pun ada gaya..takpe la..muda remaja la katakan...budak pompuan tu pun beratur ler nk byr..beli slurppee jer..aku beratur belakang depa.. aku nmpk budak tu kalut mencari purse dia..setelah 2-3 minit x jumpa tu dia suruh aku byr dulu..rupanya dia tertinggal purse..duit x de..slurppee dah minum..budak 7-11 tu pun tersengih2..budak pompuan tu muka dah hijau biru dah..hehe..dah mati kutu..sbb kasihan aku pun tlg byrkan..hehe..yg tadi berlagak sakan terus jadi baik..

Moral of the story - buat apa2 pun sendiri mau ingat aaaaaa....

Wednesday, March 2, 2011

Masih di sini

Yuhuuuuu..dear diary..missing me? Hehe..cam biasa..kalau cam tak wujud tu meaning 2 jer..samada super duper bz atau x de idea..this time konfem bz...selalu gak bukak tp nk menaip nye x sempat..aduhai...semenjak dua menjak si bibik sengal dah x de..kepenatan aku bertambah 2-3-4- kali ganda..balik keje..drop ambik anak..pas tu singgah ambik baju kt nursery..baru sampai umah..pas tu buat kuar lauk..naik atas buat apa yg patut..turun masak..siap masak bg 2 beranak tu makan..siap mkn basuh pinggan..lap meja..siap semua...naik bilik..

Bukan tidor lagi..kemas beg sekolah budak sekolah yg suka menyepahkan brg2 sekolah dia..siapkan baju sekolah pagi dan petang..pas tu..at 12.00 a.m..baru lah boleh rebahkan badan kt tilam yg empuk (dh penat x empuk pun ckp empuk gak la)..so agaknya bila bleh nk update blog..org tgk senarai keje pun penat..kan..kan..kan..tu belum lg citer keje2 extra cam lipat baju..gosok baju..wahhhh..citer pun aku dh rasa penat sgt..

So diary...just forgive me if i'm not with u all the time..so many things to be done within such a limited time (24 jam x cukup ke cik mek oiiiii)...adios




Wednesday, January 26, 2011

9 Years Already..


Dear diary..today is my 9th anniversary..after such a long time, i am really grateful that we are still together..bukan senang nak menjaga hubungan suami isteri tambah2 lagi bila dah agak lama kahwin..mcm2 yg terjadi ditambah dgn masalah2 yang tidak diundang..

Harapan aku semoga hubungan yg telah dibina akan berkekalan hingga ke hujung nyawa..

Dear Hubby..thanks for always being there for me..supports me..loving me..thank you for everything we have share together..I used to love you much more today than I did yesterday..

(When I first saw you, I saw love.
And the first time you touched me, I felt love.
And after all this time, you're still the one I love.)

Looks like we made it
Look how far we've come my baby
We mighta took the long way
We knew we'd get there someday

They said, "I bet they'll never make it"
But just look at us holding on
We're still together still going strong

(You're still the one)
You're still the one I run to
The one that I belong to
You're the one I want for life

(You're still the one)
You're still the one that I love
The only one I dream of
You're still the one I kiss good night

Ain't nothin' better
We beat the odds together
I'm glad we didn't listen
Look at what we would be missin'

I'm so glad we made it
Look how far we've come my baby......


Wednesday, January 12, 2011

Dugaan di Tahun Baru

Ya Allah..bertimpa2 masalah yg datang..everythings are regard to my son..mula dari pak cik van yg asyik tinggal Haikal..sampailah ke nursery yang x reti nk bukak awal..ni masalah brg2 dia yg asyik hilang jer..pening kepala aku..tambah plak ngan masalah maid yg x dpt2..serabut sungguh...ya Allah berilah aku kekuatan..dah rasa tension tahap bapak gaban dah ni...


Otak aku ni aku rasa x berhenti2 pikir camna nk buat..nk cari alternatif yg terbaik..sbb yg bakal jd mangsa kt sini ialah Haikal..kalau tukar sekolah ke..tukar van lagi ke..takut dia makin confused..ye la darjah 1..apa la dia paham sgt..


Setiap hari aku berdoa agar semua masalah akan selesai nnt..dan aku sentiasa ckp mesti bleh settle nnt tp hari ke hari cam tu jugak..aaarrrggghhhhhhhhhhhhhhhhhh


Ya Allah..bantulah hambaMu ini..berilah kekuatan..berilah petunjuk..aku yakin dgn segala dugaan yang Kau berikan akan ada satu yg pasti membahagiakan aku..

Saturday, January 1, 2011

New Year 2011

Tahun baru biasanya org akan kaitkan dgn azam baru.. aku? mcm biasa x de azam apa2 pun..cuma berharap agar kehidupan akan datang menjadi lebih baik dari sekarang dari semua aspek..nak jadi isteri yang baik..nk jadi anak yg baik..nk jadi ibu yg baik dan nk jadi supermom..so that i can do everything on my own..

Dan aku juga berharap agar impian aku (yg satu2nya) akan menjadi kenyataan..

Apakah impian itu..biarlah ku simpan dulu sehingga ia menjadi kenyataan..


Simple but meaningful....