Entry kali ni aku tulis dengan hati yg sgt sayu dan terharu..orang yang pernah jadi keluarga..pernah melayan aku dengan baik..hidup dalam kedaifan..akhirnya pergi sebagai gelandangan..sedangkan pada usia muda, beliau merupakan org yang sangat baik..disanjung juga atas khidmatnya sebagai seorang pemain bola sepak Kelantan..dia ialah Rosli Ismail..
Arwah sebenarnya pernah menjadi abang iparku..kerana jodoh arwah dengan kakakku tak panjang maka mereka berpisah cara baik..namun nasib tidak menyebelahi arwah..jalan yang dilalui tak seindah sewaktu arwah gah sebagai pemain bola sepak dulu..
Sungguh besar dugaan hidup arwah..sudahlah..tiada kerja..tiada wang..tiada tempat tinggal...mengidap penyakit asma dan jantung..saudara pun tidak mengendah malah merasakan diri arwah sebagai beban..padahal masa dia berduit merekalah yang sibuk tumpang sekaki..sungguh kurang ajar mereka ini..yang paling menyayat hati aku bila sewaktu akhir usia arwah..beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital tanpa sesiapa pun di sisi..tiada anak-anak..tiada adik beradik..masya allah..sesungguhnya Allah sahaja yang tahu betapa kecewa..sedih hati arwah..
Walaupun begitu Allah memudahkan segala urusan pengkebumian arwah..Allah Maha Adil dan Mengetahui..sebak hati aku..ya Allah..Ya Tuhanku..Kau ampunkan dosa-dosa arwah..semoga arwah tenang di sana..kadangkala terdetik jugak di hatiku..biarlah Allah ambil nyawa arwah sebab tak sanggup nk lihat arwah menanggung sakit..kena pulak tiada tempat berteduh.tiada yang sanggup menjaga arwah..
Apa yang terjadi kepada arwah menjadi peringatan bagiku..mmg sedih..mmg menyentuh hati..untuk mu Abe Lie..aku minta maaf banyak2 atas segala dosaku sepanjang kita berkeluarga..aku tahu aku pernah buat kau terasa hati..tapi sebenarnya aku tak pernah terniat pun.. semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mu...Al Fatihah buatmu..
No comments:
Post a Comment