Tuesday, November 1, 2011

Happy Birthday Sayangku!



Hari ini adalah hari lahir anakku DANISH HAIKAL RIDZUAN..sudah berumur 7 tahun..sudah besar anak mama..walaupun sentiasa bersama tapi mama selalu lupa yang Haikal semakin membesar..


Sayang mama..di sini mama tuliskan satu coretan untuk Haikal..andai Haikal besar nnt..mungkin Haikal boleh bacakan dan faham apa yang tersirat di dalam hati mama..


Kadangkala Haikal boleh jadi anak yang baik sekali..kadangkala boleh jadi yang paling nakal sekali..kata orang jika ibu menitiskan air mata kerana si anak..maka berdosalah anak itu..sbb itulah mama sehabis upaya tak nak menangis walaupun kadangkala mama terasa hati dengan perbuatan Haikal..mama tahu Haikal masih kecil..


Tetapi Mama bangga ramai yang puji Haikal pandai bergaul dgn kawan2..malah ibu kawan-kawan Haikal pun selalu ckp Haikal ni hormat kat diaorg dan selalu menegur mereka..



Mama tahu Haikal mmg baik hati dan selalu tolong kawan..dan sikap Haikal yang paling mama suka ialah suka memaafkan orang lain..mama harap Haikal kekalkan sikap yang baik yang ada dalam diri Haikal sampai bila2 ok..



Sayang..mama doakan Haikal menjadi anak yang baik dan soleh..semoga Haikal dirahmati dan dilindungi Allah sentiasa. Tiada yang mampu mama berikan kepada Haikal..cuma kasih sayang yang terlalu besar buat anak mama yang seorang ni..



Selamat Ulang Tahun Sayangku..Mama sayangkan Haikal sampai bila-bila pun..







No comments:

Post a Comment